Pengurusan strategik perusahaan madu kelulut di daerah Sik, Kedah: Satu analisis SWOT
Keywords:
Perniagaan Madu Kelulut, Perancangan Strategik Perniagaan, Analisis Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan AncamanAbstract
Artikel ini menganalisis secara komprehensif pengurusan strategik perusahaan madu kelulut di Daerah Sik, Kedah menggunakan analisis kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman (SWOT). Kajian kualitatif ini melibatkan temu bual mendalam terhadap 10 usahawan kecil dan 3 orang pakar dalam bidang penternakan kelulut. Analisis kandungan tematik digunakan bagi mengenal pasti tema utama berkaitan kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman. Dapatan menunjukkan bahawa kekuatan utama terletak pada keaslian produk dan permintaan pasaran kesihatan, manakala kelemahan kritikal melibatkan kekurangan perancangan strategik, pemasaran digital serta pensijilan kualiti produk. Peluang wujud melalui sokongan kerajaan, e-dagang dan potensi eksport, sementara ancaman termasuk lambakan produk tidak berkualiti dan ketidaktentuan harga. Justeru, usahawan penternakan kelulut disarankan untuk merancang, memimpin, mengurusan dan mengawal perniagaan (PLOC) sebagai cadangan strategik untuk meningkatkan daya saing dan kelestarian jangka panjang perniagaan penternakan Kelulut di Daerah Sik, Kedah.










