Analisis keperluan pembangunan modul interaktif seni ukiran kayu berbantukan teknologi augmented reality bagi Pendidikan Seni Visual berdasarkan persepsi guru

Authors

  • Yusniza Mohamed Yusof Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia,
  • Harleny Abd. Arif Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia,
  • Norakmal Abdullah Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia,
  • Nurul Eza Martu Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia,

Keywords:

Analisis Keperluan, Modul Interaktif, Seni Ukiran Kayu, Augmented Reality, Pendidikan Seni Visual

Abstract

Kajian ini dilaksanakan bagi memperoleh persepsi daripada guru-guru Pendidikan Seni Visual (PSV) berkaitan keperluan pembangunan Modul Interaktif Seni Ukiran Kayu yang berasaskan teknologi Augmented Reality (AR) sebagai bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdPc) bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Dapatan yang diperoleh daripada kajian ini berfungsi sebagai data sokongan penting dalam proses pembangunan modul berkenaan. Kajian ini bersifat kualitatif dan dijalankan melalui kaedah temu bual separa berstruktur yang menggunakan teknik pensampelan bertujuan. Seramai enam orang guru opsyen Pendidikan Seni Visual telah dipilih sebagai peserta kajian, mewakili lima zon utama di Malaysia, iaitu Zon Utara (Kedah), Zon Tengah (Selangor), Zon Pantai Timur (Kelantan dan Pahang), Zon Selatan (Johor), serta Zon Malaysia Timur (Sarawak). Pemilihan peserta adalah berdasarkan kriteria tertentu yang telah ditetapkan serta kesediaan mereka menyertai kajian. Set protokol temu bual digunakan sebagai instrumen kajian bagi memperoleh maklumat berkaitan keperluan pembangunan modul. Data yang diperoleh daripada temu bual ditranskripsi secara verbatim edited dengan menggunakan perisian Atlas.ti9, dan seterusnya dianalisis secara tematik mengikut tema dan kategori yang dikenal pasti untuk menghasilkan dapatan analisis keperluan yang komprehensif. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa kesemua peserta menyatakan persetujuan dan sokongan terhadap pembangunan modul ini sebagai bahan bantu mengajar yang dapat dilaksanakan dalam PdPc seni ukiran kayu di sekolah. Modul ini bukan sahaja memenuhi keperluan pengajaran guru, malah berpotensi menarik minat guru serta murid dalam memperkukuhkan kelestarian seni warisan bangsa seiring dengan peredaran zaman.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-04-15

How to Cite

Mohamed Yusof , Y., Abd. Arif, H., Abdullah, N., & Martu, N. E. (2026). Analisis keperluan pembangunan modul interaktif seni ukiran kayu berbantukan teknologi augmented reality bagi Pendidikan Seni Visual berdasarkan persepsi guru. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(81), 803–823. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/4033