Analisis keperluan terhadap pembangunan kit interaktif sulaman tangan sebagai panduan PDPC bagi guru-guru Pendidikan Seni Visual

Authors

  • Nurul Eza Martu Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Harleny Abd. Arif Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Nor Syazwani Mat Salleh Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Yusniza Mohamed Yusof Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia

Keywords:

Kit Interaktif, Sulaman Tangan, Pendidikan Seni Visual, Pendekatan Kualitatif, Augmented Reality

Abstract

Kajian ini merupakan kajian berbentuk analisis keperluan yang melibatkan fasa pertama dalam pendekatan Reka Bentuk dan Pembangunan. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti secara terperinci keperluan pembangunan Kit Interaktif Sulaman Tangan sebagai panduan pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) bagi guru-guru Pendidikan Seni Visual berdasarkan persepsi guru. Kajian ini melibatkan empat zon di negeri Pahang iaitu Zon Barat, Zon Timur, Zon Tengah dan Zon Utara. Pengkaji menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah temu bual separa berstruktur. Data yang diperoleh daripada temu bual dianalisis menggunakan perisian Atlas.ti 9 dengan membahagikan transkrip kepada beberapa kod berdasarkan pendekatan analisis tematik. Hasil temu bual menunjukkan bahawa tajuk seni kraf sulaman memperoleh undian yang tinggi dalam bidang kraf untuk Tingkatan 2. Berdasarkan dapatan, kebanyakan responden berpendapat bahawa pengajaran sulaman tangan adalah sukar kerana memerlukan bahan bantu mengajar berbentuk interaktif yang dapat membantu guru PSV serta menarik minat murid untuk mempelajarinya. Terdapat tiga sebab utama guru memerlukan Kit Interaktif Sulaman Tangan: (i) peruntukan masa yang panjang untuk menghabiskan silibus tajuk sulaman tangan, (ii) sumber rujukan sahih yang terhad, dan (iii) guru opsyen mahupun bukan opsyen kurang mahir dalam seni sulaman tangan. Selain itu, responden turut mencadangkan beberapa elemen yang perlu dimasukkan dalam pembangunan kit ini iaitu set rancangan pengajaran guru untuk sulaman tangan yang merangkumi aspek persepsi seni, ekspresi seni, eksplorasi seni dan apresiasi seni; video pendek berkaitan proses penghasilan sulaman tangan; serta alat dan bahan sulaman tangan yang disokong dengan teknologi Augmented Reality. Secara keseluruhannya, hasil temu bual menunjukkan bahawa guru PSV berdepan kesukaran dalam melaksanakan pengajaran kerana kekurangan bahan bantu mengajar yang efisien untuk memudahcarakan PdPc. Oleh itu, hasil kajian ini adalah penting bagi mengumpul cadangan dan pandangan guru dalam membangunkan Kit Interaktif Sulaman Tangan sebagai panduan PdPc Pendidikan Seni Visual

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-04-15

How to Cite

Martu , N. E., Abd. Arif , H., Mat Salleh, N. S., & Mohamed Yusof , Y. (2026). Analisis keperluan terhadap pembangunan kit interaktif sulaman tangan sebagai panduan PDPC bagi guru-guru Pendidikan Seni Visual. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(81), 788–802. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/4032