Reka bentuk alat bantu bahan mengajar (ABBM) digital sinografi berasaskan model ADDIE di Sekolah Seni Malaysia

Authors

  • Noorzahidah Suhaimi Fakulti Muzik Seni Persembahan, Universiti Pendidikan Sultan Idris,Tanjung Malim Perak, Malaysia
  • Muhammad Faisal Ahmad Fakulti Muzik Seni Persembahan, Universiti Pendidikan Sultan Idris,Tanjung Malim Perak, Malaysia

Keywords:

Alat Bantu Bahan Mengajar digital, Sinografi, Model ADDIE, Kebolehgunaan, Sekolah Seni Malaysia, Kecerdasan buatan dalam Pendidikan

Abstract

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memainkan peranan penting dalam memperkukuh transformasi pendidikan digital selaras dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013–2025) serta Dasar Pendidikan Digital 2023. Dalam konteks tersebut, pelaksanaan mata pelajaran Sinografi di Sekolah Seni Malaysia berhadapan dengan cabaran dari segi penyediaan sumber pengajaran yang sistematik, interaktif dan selari dengan keperluan pembelajaran abad ke-21. Kekurangan alat bantu bahan mengajar (ABBM) digital yang tersusun serta kebergantungan terhadap bahan konvensional berpotensi menjejaskan keberkesanan penyampaian kandungan yang bersifat teknikal dan visual.Sehubungan itu, kajian ini bertujuan membangunkan dan menilai kebolehgunaan ABBM berasaskan laman sesawang yang dinamakan Sceno-X bagi mata pelajaran Sinografi Tingkatan 4 di Sekolah Seni Malaysia dengan mengaplikasikan model reka bentuk ADDIE. Kajian ini dilaksanakan secara penyelidikan dan pembangunan (R&D) melalui lima fasa utama, iaitu analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Data dikumpulkan melalui soal selidik terbuka, temu bual separa berstruktur, serta analisis maklum balas pengguna bagi menilai aspek kandungan, kebolehgunaan dan potensi keberkesanan ABBM yang dibangunkan. Triangulasi data antara guru dan murid dilaksanakan bagi meningkatkan kesahan dapatan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa ABBM Sceno-X berpotensi menyokong pengajaran yang lebih terancang, interaktif dan berpusatkan murid, di samping meningkatkan kefahaman terhadap konsep Sinografi yang bersifat visual dan teknikal. Secara keseluruhannya, kajian ini menyumbang kepada pengukuhan amalan pedagogi guru Seni Teater serta menyediakan rujukan praktikal dalam pembangunan ABBM digital bagi bidang Pendidikan Kesenian di Sekolah Seni Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-04-15

How to Cite

Suhaimi, N., & Ahmad , M. F. (2026). Reka bentuk alat bantu bahan mengajar (ABBM) digital sinografi berasaskan model ADDIE di Sekolah Seni Malaysia. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(81), 770–787. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/4025