Isu hak dan kedudukan wanita menurut feminisme: Analisis perspektif Hashim Kamali

Authors

  • Syarifah Sofiyah Bhaif Pusat Kajian Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
  • Mohd Haidhar Kamarzaman Pusat Kajian Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia

Keywords:

Feminisme, Hak dan Kedudukan Wanita, Hashim Kamali, Maqasid al-Shari‘ah, Patriaki

Abstract

Perbincangan mengenai hak dan kedudukan wanita dalam masyarakat Islam semakin mendapat perhatian yang lebih meluas dalam konteks kontemporari, selari dengan kesedaran global terhadap isu-isu yang dikemukakan feminisme. Permasalahan kajian ini timbul apabila wacana feminisme yang dominan dalam literatur banyak dibentuk oleh perspektif sekular Barat, manakala analisis tokoh sarjana Islam kontemporari seperti Hashim Kamali terhadap isu wanita masih kurang diberikan perhatian akademik secara komprehensif. Oleh itu, kajian ini memfokuskan mengenai konsep dan isu hak dan kedudukan wanita menurut Feminisme serta menganalisis perspektif hujah Hashim Kamali melalui kerangka maqasid syariah, keadilan, dan martabat manusia. Kaedah kajian ini berbentuk analisis dokumen terhadap karya-karya utama feminisme serta tulisan, jurnal dan artikel Hashim Kamali yang berkaitan isu hak wanita, keadilan gender, dan prinsip Islam. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat titik persilangan antara feminisme dan pandangan Hashim Kamali, khususnya dalam aspek penolakan diskriminasi, pengiktirafan hak pendidikan, dan perlindungan maruah wanita. Namun, perbezaan ketara muncul dalam definisi kesamarataan mutlak, konsep kebebasan individu, dan isu yang melibatkan kerangka moral seperti seksualiti dan struktur keluarga. Kajian ini menyumbang kepada perluasan wacana akademik mengenai dialog antara feminisme dan pemikiran Islam moden, serta menawarkan satu model analisis berasaskan maqasid yang lebih seimbang. Implikasi kajian menunjukkan keperluan pendekatan antara disiplin yang lebih kritikal bagi memahami isu gender dalam konteks masyarakat Muslim kontemporari.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-04-08

How to Cite

Bhaif, S. S., & Kamarzaman, M. H. (2026). Isu hak dan kedudukan wanita menurut feminisme: Analisis perspektif Hashim Kamali. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(81), 713–727. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/4015