Kompetensi pegawai sulh dan mediator dalam penyelesaian pertikaian di Malaysia
Keywords:
Sulh, Mediasi, Kompetensi Pegawai, ADR, MalaysiaAbstract
Penyelesaian pertikaian melalui mekanisme alternatif (ADR) kini menjadi paradigma utama dalam sistem perundangan Malaysia bagi mengurangkan beban litigasi serta memelihara keharmonian sosial. Artikel ini bertujuan menganalisis secara perbandingan perbezaan kompetensi antara pegawai sulh dalam sistem Syariah dan mediator dalam sistem Sivil. Menggunakan pendekatan kualitatif berasaskan analisis dokumen terhadap instrumen perundangan, arahan amalan, dan literatur akademik, kajian ini meneliti bagaimana dwi-sistem perundangan mencorakkan profil profesional pengamal. Dapatan kajian menunjukkan bahawa perbezaan konteks institusi dan struktur perundangan telah membentuk keperluan kompetensi yang berbeza di mana pegawai sulh memerlukan kompetensi yang berpaksikan nilai syarie, manakala mediator sivil menuntut kompetensi fasilitatif neutral yang profesional. Analisis ini membuktikan bahawa kompetensi pegawai bukanlah suatu konstruk universal, sebaliknya merupakan manifestasi unik sistem perundangan masing-masing. Artikel ini menyumbang kepada pemerkasaan standard profesionalisme ADR yang lebih responsif terhadap konteks institusi di Malaysia.










