Transformasi Pertubuhan Harakah Islamiah (HIKMAH) dalam perkembangan masyarakat Islam di Sarawak
Keywords:
Pertubuhan HIKMAH, Tranformasi, Perkembangan, Masyarakat, Islam di Sarawak, DakwahAbstract
Pertubuhan Harakah Islamiah (HIKMAH) merupakan sebuah badan bukan kerajaan yang ditubuhkan untuk menyebarkan kegiatan dakwah di seluruh negeri Sarawak. Namun, sejak penubuhannya, Pertubuhan HIKMAH telah melalui pelbagai fasa yang signifikan dalam mendepani cabaran multi-etnik dan pluraliti agama di Sarawak. Kajian membincangkan transformasi Pertubuhan Harakah Islamiah (HIKMAH) dalam perkembangan masyarakat Islam di Sarawak. Objektif utama kajian ini adalah mengenalpasti bentuk transformasi yang dilakukan oleh Pertubuhan HIKMAH sepanjang penubuhan seiring dengan peredaran zaman serta menilai keberkesanannnya terhadap perkembangan umat Islam di sarawak. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah temu bual separa berstruktur yang melibatkan ahli jawatankuasa Pertubuhan HIKMAH, ibu bapa, peserta program, alumni dan guru-guru di institusi Pertubuhan HIKMAH. Data yang diperoleh dianalisis secara tematik dengan bantuan perisian ATLAS.ti. Hasil kajian mendapati terdapat transformasi yang jelas telah dilakukan oleh Pertubuhan HIKMAH semenjak penjenamaan semula daripada Angkatan Nahdatul Islam Bersatu (BINA) pada tahun 1993. Perkembangan ini melibatkan pemantapan struktur organisasi, program dakwah, kebajikan sehingga penubuhan institusi pendidikan Islam HIKMAH sendiri. Hal ini membuktikan HIKMAH berperanan besar dalam memperkasakan umat Islam di Sarawak. Justeru, penambahbaikan dari sudut infrastruktur, pengukuhan tenaga pengajar dan jaringan komuniti perlu diberikan penekanan untuk memastikan kesan sosial dan keilmuan berterusan dalam perkembangan masyarakat Islam di Sarawak.










