Asas ketenteraan Islam di bawah Nūr al-Dīn Maḥmūd Zankī (1146-1174M)

Authors

  • Mohamad Fikri Mohd Bakri Jabatan Sejarah, Tamadun dan Pendidikan Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia
  • Mohd Roslan Mohd Nor Jabatan Sejarah, Tamadun dan Pendidikan Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia
  • Umar Shu’aibu Gokaru Jabatan Sejarah, Tamadun dan Pendidikan Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia
  • Ezad Azraai Jamsari Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, UKM Bangi, Selangor

Keywords:

Sejarah Ketenteraan, Nūr al-Dīn Maḥmūd Zankī, Perang Salib, Taktik, Kebajikan

Abstract

Aspek kepimpinan, disiplin dan moral tentera merupakan antara faktor teras kejayaan peperangan menurut Sun Tzu. Berasaskan kerangka ini, makalah ini meneroka asas ketenteraan Islam di bawah pemerintahan Nūr al-Dīn Maḥmūd Zankī (1146-1174M) dengan memberi tumpuan kepada struktur dan logistik tentera, komposisi pasukan, kebajikan tentera serta taktik perang yang digerakkan dalam usaha mempertahankan dan membebaskan wilayah-wilayah Islam. Dari sudut metodologi, kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis terhadap teks-teks sejarah utama dan karya sekunder yang membincangkan pemerintahan serta strategi ketenteraan Nūr al-Dīn. Dapatan kajian memberikan gambaran yang lebih tuntas berkenaan asas ketenteraan yang dibangunkan oleh Nūr al-Dīn bukan sahaja memperkukuh kestabilan dan keberkesanan pertahanan Islam pada zaman pertengahan, malah memperlihatkan satu model ketenteraan yang tersusun, berteraskan keadilan sosial serta menekankan dimensi moral dan kebajikan tentera. Secara tidak langsung, kajian ini menyumbang kepada pengayaan wacana ketenteraan Islam dengan mengetengahkan hubungan antara kepimpinan strategik, etika perang dan kelangsungan sebuah kerajaan Islam.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-04-08

How to Cite

Mohd Bakri, M. F., Mohd Nor, M. R., Gokaru, U. S., & Jamsari, E. A. (2026). Asas ketenteraan Islam di bawah Nūr al-Dīn Maḥmūd Zankī (1146-1174M). Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(81), 622–637. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/4009