Strategi pemerkasaan identiti nasional menerusi kerangka Malaysia Madani: Analisis teoretikal dalam konteks kepelbagaian masyarakat di Malaysia

Authors

  • Muhammad Adam Raihan Mohd Nasir Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
  • Ermy Azziaty Rozali Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam & Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
  • Anwar Muttaqin Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam & Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
  • Roziah Sidik Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam & Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
  • Ezad Azraai Jamsari Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam & Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia

Keywords:

Identiti Nasional, Malaysia Madani, Kepelbagaian Masyarakat, Teori Nasionalisme

Abstract

Malaysia merupakan sebuah negara yang terbina daripada masyarakat multietnik. Sebagai sebuah negara majmuk, pelbagai isu dan cabaran yang dihadapi oleh masyarakat awam dan pihak kerajaan dalam usaha membentuk serta memperkasa identiti nasional yang inklusif. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti elemen strategi yang efektif dalam memperkasa identiti nasional menerusi pendekatan teori nasionalisme dan kerangka Malaysia Madani. Analisis kandungan dilakukan dengan mendapatkan data serta maklumat daripada sumber kepustakaan seperti artikel ilmiah, buku dan akhbar. Fokus kajian ditumpukan kepada takrifan dan elemen pembentukan identiti nasional serta kefahaman mengenai kerangka Malaysia Madani. Dapatan awal menunjukkan masyarakat Malaysia berkongsi memori kolektif sejarah yang sama. Oleh itu, matlamat pembinaan negara bangsa dengan menetapkan satu identiti nasional inklusif menjadi titik tolak terhadap usaha membentuk perpaduan kepelbagaian masyarakat di Malaysia. Selain itu, kerangka Malaysia Madani dilihat mempunyai potensi sebagai alat strategik dalam memperkasakan identiti nasional serta jati diri kebangsaan menerusi pendekatan beberapa teori nasionalisme. Justeru, kajian ini diharap dapat menyumbang kepada pengaplikasian strategi yang efektif dalam menangani isu-isu perpecahan identiti nasional sekali gus mampu memperkukuhkan rasa kekitaan dalam kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai latar belakang etnik.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-04-08

How to Cite

Mohd Nasir, M. A. R., Rozali, E. A., Muttaqin, A., Sidik, R., & Jamsari, E. A. (2026). Strategi pemerkasaan identiti nasional menerusi kerangka Malaysia Madani: Analisis teoretikal dalam konteks kepelbagaian masyarakat di Malaysia. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(81), 585–605. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/4007