Prinsip al-siyasah al-shar'iyyah Ibn Taimiyyah sebagai kerangka pembaharuan tadbir urus dan kesejahteraan ummah Malaysia MADANI

Authors

  • Anwar Muttaqin Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam & Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
  • Ezad Azraai Jamsari Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
  • Raja Muhammad Imran Raja Abdul Aziz Pusat PERMATA@Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
  • Mohamad Zulfazdlee Abul Hassan Ashari Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor
  • Md Yazid Ahmad Pusat Kajian Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
  • Mohd Hafiz Safiai Pusat Kajian Syariah, Fakulti Pengajian Islam & Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia

Keywords:

Ibn Taimiyyah; al-Siyasah al-Shar‘iyyah, Tadbir Urus, Kesejahteraan Ummah, Malaysia MADANI

Abstract

Prinsip al-siyasah al-shar‘iyyah yang digagaskan oleh Ibn Taimiyyah menekankan keadilan, amanah, dan pemeliharaan maslahah sebagai asas pemerintahan yang berkesan. Namun pelaksanaan tadbir urus berdasarkan nilai Islam di Malaysia masih berhadapan kekangan seperti ketidakselarasan antara dasar, institusi, dan amalan pentadbiran. Maka, kajian ini dijalankan bagi menganalisis prinsip utama al-siyasah al-shar‘iyyah menurut Ibn Taimiyyah dan menilai kesesuaian prinsip tersebut dalam kerangka Malaysia MADANI. Justeru itu, kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah analisis kandungan dan perbandingan literatur. Sumber primer seperti karya Ibn Taimiyyah dan sumber sekunder merangkumi artikel ilmiah, tesis, dan dokumen yang berkaitan Malaysia turut digunakan. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa prinsip al-siyasah al-shar‘iyyah Ibn Taimiyyah selaras dengan nilai-nilai teras Malaysia MADANI yang menekankan konsep ihsan, amanah, adab dan keadilan dalam kepimpinan serta kesejahteraan masyarakat. Seterusnya, kajian ini menunjukkan bahawa prinsip al-siyasah al-shar‘iyyah Ibn Taimiyyah boleh dijadikan asas pembaharuan tadbir urus Malaysia MADANI, khususnya dalam memperkukuh integriti, keadilan dan keutamaan maslahat rakyat. Akhir sekali, kajian lanjutan dicadangkan untuk menilai penerapan sebenar prinsip al-siyasah al-shar‘iyyah dalam institusi pentadbiran Malaysia, serta menilai keberkesanannya dalam memperkukuh tadbir urus dan kesejahteraan ummah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-04-08

How to Cite

Muttaqin, A., Jamsari, E. A., Raja Abdul Aziz, R. M. I., Abul Hassan Ashari, M. Z., Ahmad, M. Y., & Safiai, M. H. (2026). Prinsip al-siyasah al-shar’iyyah Ibn Taimiyyah sebagai kerangka pembaharuan tadbir urus dan kesejahteraan ummah Malaysia MADANI. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(81), 575–584. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/4006