Pemerihalan retrospektif komuniti gelandangan Muslim di Malaysia: Satu tinjauan literatur

Authors

  • Muhammad Zharif Baharudin Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
  • Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi Pusat Kajian al-Quran dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43000 UKM Bangi, Selangor, Malaysi
  • Ezad Azraai Jamsari Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia

Keywords:

Gelandangan Muslim, Zakat, Kebajikan Sosial, Pemerkasaan, qasid al-Shariah, Pembangunan Kontemporari

Abstract

Fenomena gelandangan Muslim di Malaysia mencerminkan isu sosial yang semakin kompleks dalam lanskap pembangunan kontemporari, namun kajian sistematik terhadapnya masih terhad, khususnya dari perspektif integrasi antara kebajikan sosial dan keagamaan. Kekaburan dalam definisi konseptual, pendekatan dasar yang bersifat reaktif, serta kecenderungan melihat gelandangan sebagai manifestasi kegagalan individu telah melemahkan perumusan intervensi yang holistik dan berkesan. Sehubungan itu, makalah ini bertujuan mengkaji secara retrospektif dan kritis literatur berkaitan komuniti gelandangan Muslim di Malaysia, dengan menekankan faktor penyumbang, peranan instrumen zakat, sokongan keagamaan, serta keberkesanan inisiatif kerajaan dan organisasi bukan kerajaan (NGO). Penulisan ini bersifat kajian kualitatif melalui kaedah tinjauan literatur dengan pengaplikasian reka bentuk kajian sejarah dan analisis kandungan. Kajian ini menggunakan metode dokumentasi sebagai kaedah pengumpulan data dengan memfokuskan pada beberapa sumber yang meyakinkan. Manakala bagi kaedah analisis data, kajian ini menggunakan pendekatan deskriptif menerusi analisis kritikan dalaman dan kritikan luaran terhadap dokumen dan teks sejarah yang relevan. Dapatan kajian ini menghujahkan bahawa fenomena gelandangan Muslim berpunca daripada interaksi kompleks antara kemiskinan struktural, kerapuhan institusi keluarga, tekanan hutang, isu kesihatan mental, dan kelemahan penghayatan agama. Pada masa yang sama, inisiatif sedia ada didapati lebih bersifat jangka pendek dan kurang berorientasikan pemerkasaan lestari. Penulisan ini menegaskan bahawa penanganan isu gelandangan Muslim memerlukan anjakan paradigma ke arah pendekatan holistik yang mengintegrasikan pemerkasaan ekonomi, sokongan psikososial, pengukuhan identiti Islam berteraskan tauhid, serta pengoptimuman instrumen zakat selaras dengan prinsip Maqasid al-Shariah. Pendekatan ini bukan sahaja bertujuan pemulihan fizikal dan sosial, tetapi juga menjamin pemulihan bermaruah, berdaya tahan dan selaras dengan nilai keadilan serta rahmat dalam masyarakat Islam di Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-04-08

How to Cite

Baharudin, M. Z., Mohammed Zabidi, A. F., & Jamsari, E. A. (2026). Pemerihalan retrospektif komuniti gelandangan Muslim di Malaysia: Satu tinjauan literatur. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(81), 562–574. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/4005