Kesahan Modul Berkonsepkan Gamifikasi Digital (My Gamify Pro Perniagaan) untuk Pengajaran dan Pembelajaran Subjek Perniaga

Authors

  • Nurul Wahidayah Ramlee Fakulti Pengurusan dan Ekonomi , Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35500 Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  • Mahaliza Mansor Fakulti Pengurusan dan Ekonomi , Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35500 Tanjong Malim, Perak, Malaysia

Keywords:

Kesahan modul, gamifikasi digital, pendidikan perniagaan, reka bentuk instruksional, Tingkatan Empat

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap kesahan kandungan Modul Gamifikasi Digital My Gamify Pro Perniagaan yang dibangunkan bagi subjek Perniagaan Tingkatan Empat, khususnya topik Bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan. Modul ini dibina berasaskan pendekatan gamifikasi digital yang dipersonalisasi bagi meningkatkan minat, motivasi, penglibatan dan pencapaian murid melalui integrasi elemen seperti sistem mata, ganjaran, halangan dan jalan cerita yang disesuaikan dengan tahap pelajar. Penilaian kesahan dilaksanakan merangkumi empat aspek utama, iaitu kesahan kandungan, kesahan teknologi, kesahan bahasa serta kesahan struktur sesi dan kesesuaian aktiviti. Kajian ini menggunakan kaedah persetujuan pakar secara deskriptif dengan melibatkan sepuluh orang pakar dalam bidang pendidikan perniagaan, teknologi gamifikasi dan bahasa. Instrumen penilaian menggunakan borang kesahan berasaskan skala Likert lima mata. Dapatan kajian menunjukkan bahawa modul mencapai tahap kesahan yang tinggi dengan indeks kesahan bagi aspek kandungan, aktiviti, teknologi dan bahasa masing-masing sebanyak 0.97, 0.90, 0.82 dan 0.89. Implikasi kajian menunjukkan bahawa Modul My Gamify Pro Perniagaan berpotensi dijadikan bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran yang sah serta sesuai untuk digunakan dalam konteks pendidikan sekolah menengah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-03-31

How to Cite

Ramlee, N. W., & Mansor, M. (2026). Kesahan Modul Berkonsepkan Gamifikasi Digital (My Gamify Pro Perniagaan) untuk Pengajaran dan Pembelajaran Subjek Perniaga. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(81), 449–464. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3995