Kesan modul ASSIDE terhadap pencapaian penulisan karangan tidak berformat murid tahun enam

Authors

  • Marbella Justine Faculty of Languages and Communication, Sultan Idris Education University, Malaysia
  • Norjietta Julita Taisin Faculty of Languages and Communication, Sultan Idris Education University, Malaysia

Keywords:

Modul ASSIDE, penulisan karangan tidak berformat, truktur karangan, pengolahan idea, `Bahasa Kadazandusun, `, kuasi-eksperimen

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menguji kesan penggunaan Modul ASSIDE terhadap pencapaian penulisan karangan tidak berformat murid Tahun Enam dalam mata pelajaran Bahasa Kadazandusun. Modul ASSIDE dibangunkan berasaskan integrasi Model ASSURE dan Model Sidek serta disokong oleh pendekatan konstruktivisme melalui Strategi ORBIT dan penggunaan peta bulatan i-Bulugu bagi membantu murid menstruktur dan mengolah idea penulisan secara sistematik. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi-eksperimen dengan pendekatan kuantitatif yang melibatkan 128 orang murid Tahun Enam dari enam buah sekolah kebangsaan luar bandar di Negeri Sabah. Sampel kajian dibahagikan kepada kumpulan rawatan (n = 64) dan kumpulan kawalan (n = 64). Instrumen kajian terdiri daripada ujian pencapaian struktur penulisan karangan tidak berformat dan ujian amali pengolahan idea, yang ditadbir melalui ujian pra, ujian pasca dan ujian pos tertangguh. Data dianalisis menggunakan Split-Plot ANOVA (SPANOVA) dan Multivariate Analysis of Variance (MANOVA). Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan Modul ASSIDE memberikan kesan yang signifikan terhadap peningkatan struktur penulisan karangan F(1, 126) = 1748.489, p<.001 dan pengolahan idea murid F(1, 126) = 33.337, p<.001, dengan saiz kesan sederhana hingga besar. Analisis MANOVA turut mengesahkan bahawa murid dalam kumpulan rawatan mencapai pencapaian yang lebih tinggi secara konsisten berbanding kumpulan kawalan bagi kedua-dua konstruk penulisan, dan kesan tersebut dapat dikekalkan selepas tempoh tertentu. Kesimpulannya, Modul ASSIDE berkesan sebagai intervensi pedagogi berstruktur dalam meningkatkan pencapaian penulisan karangan tidak berformat murid Tahun Enam, serta berpotensi menyumbang kepada pemerkasaan pengajaran Bahasa Kadazandusun secara lebih sistematik dan kontekstual.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-03-30

How to Cite

Justine, M., & Taisin, N. J. (2026). Kesan modul ASSIDE terhadap pencapaian penulisan karangan tidak berformat murid tahun enam. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(81), 366–381. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3986