Kearifan tempatan sebagai 'urf sahih dalam fiqh watan Pahang: Kerangka autoriti adat, agama dan budaya
Keywords:
Kearifan tempatan, ‘urf sahih, Fiqh Watan Pahang, autoriti negeri, governan Islam, maqasid al-shariahAbstract
Artikel ini menganalisis kedudukan kearifan tempatan Melayu Pahang sebagai ‘urf sahih dalam kerangka Fiqh Watan Pahang dengan memberi tumpuan kepada hubungan antara adat, autoriti agama negeri dan governan budaya Islam. Berasaskan analisis konseptual dan sintesis literatur, kajian ini menegaskan bahawa kearifan tempatan tidak wajar difahami sekadar sebagai adat kebiasaan atau fenomena budaya, tetapi sebagai kebijaksanaan sosial yang berfungsi dalam kerangka ijtihadi khususnya dalam muamalat, kebajikan sosial dan pengurusan komuniti. Dapatan kajian memperincikan satu kerangka autoriti bertingkat yang memposisikan; (i) syariah dan maqasid Syariah sebagai autoriti epistemik tertinggi, (ii) wali al-amr serta institusi agama negeri sebagai autoriti pengesahan dan penginstitusian, dan (iii) kearifan tempatan sebagai ‘urf sahihbersyarat yang menyokong pelaksanaan hukum dan kestabilan sosial. Kerangka ini menolak kedua-dua ekstrem penolakan literal terhadap budaya tanpa analisis konteks dan penerimaan terhadap adat tanpa tapisan syariah. Dari sudut teoretikal, kajian ini menyumbang kepada pengembangan wacana ‘urf dan fiqh kontekstual dengan menekankan dimensi autoriti institusi dan fiqh al-ahwal sebagai pelengkap kepada fiqh al-nusus. Dari sudut polisi dapatan kajian menyediakan asas normatif kepada institusi agama Negeri Pahang untuk menilai, menapis dan menginstitusikan adat secara sistematik, sekali gus memperkukuh legitimasi Islam sebagai sistem tadbir urus negeri yang berakar dalam realiti tempatan.










