Transformasi digital pendidikan hijau: Pemetaan bibliometrik integrasi AI dalam ESD (2009-2025).

Authors

  • Nur Fatiha Nordin Faculty of Human Development, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  • Hishamuddin Ahmad Faculty of Human Development, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  • Somakala Jeryaraman Faculty of Human Development, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia

Keywords:

Kecerdasan Buatan, Pendidikan Pembangunan Lestari, Analisis Bibliometrik, Transformasi Digital, Teknologi Pendidikan

Abstract

Kajian ini memperincikan analisis bibliometrik secara menyeluruh tentang perkembangan intelektual dan trend penyelidikan global yang berkaitan dengan pengintegrasian Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence, AI) dalam Pendidikan Pembangunan Lestari (Educational Sustainable Development, ESD). Selain itu, kajian ini juga memetakan trajektori penerbitan, memperlihatkan peralihan ketara daripada peringkat awal kepada peningkatan eksponen. Peralihan ini didorong oleh keperluan mendesak untuk agenda pendigitalan pasca-pandemik dan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG). Proses ini dilakukan dengan menggunakan pangkalan data utama seperti Scopus dan Web of Science. Tambahan itu juga, analisis ini turut memfokuskan struktur pengetahuan, pengarang terkenal dan jaringan kerjasama antarabangsa yang mendominasi perbincangan tentang transformasi digital dalam pendidikan hijau. Justeru, hasil kajian mendapati bahawa terdapat peningkatan yang ketara dalam penerbitan bermula pada tahun 2023 dan pada tahun 2025 rekod tertinggi penerbitan dapat dicapai. Hal ini kerana pada tahun 2025, revolusi AI Generatif berkembang pesat. Analisis artikel sebanyak 2, 607 menunjukkan bahawa terdapat banyak perbezaan dalam penyelidikan mengenai aspek pentaksiran berasaskan teknologi adaptif ini. Hal ini kerana, kajian sedia ada lebih menumpukan pada aspek pengajaran berbanding penilaian. Kesimpulannya, kajian ini dapat mengesahkan bahawa AI adalah berfungsi sebagai pemangkin masa depan ESD sekaligus dapat mengisi kelompangan dalam pedagogi sains yang lestari

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-03-14

How to Cite

Nordin, N. F., Ahmad, H., & Jeryaraman, S. (2026). Transformasi digital pendidikan hijau: Pemetaan bibliometrik integrasi AI dalam ESD (2009-2025) . Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(81), 207–222. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3969