Nasab keturunan Al-Qadri: Kajian susur galur legitimasi nasab Wan Azizan Al-Qadri Al-Hussaini di Sarawak
Keywords:
Salsilah Al-Qadri Sarawak, Rabitah Alawiyyah al-Qadri, al-Qadri Sarawak, Wan Azizan Wan Zainal AbidinAbstract
Penegasan dalam memelihara keturunan dan nasab khususnya nasab keturunan Rasulullah SAW adalah sangat penting bagi memelihara kesucian dan kemurnian jalur tersebut. Banyak dikalangan masyarakat yang mengaku berketurunan Rasulullah namun sebenarnya susur jalur yang dimiliki tidak mencukupi syarat-syarat yang persetujui oleh penjaga nasab (Badan berautotiti berkenaan hal nasab). Kesan daripada perkara ini ialah, banyak pemalsuan berlaku oleh kelompok yang tidak bertanggungjawab dengan menasabkan diri mereka kepada Rasulullah SAW. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dimana data-data yang dikumpul merupakan data primer, kajian perpustakaan dan observasi. Data-data tersebut diperolahi daripada pelbagai sumber di antaranya adalah daripada keluarga Wan Azizan bin Wan Zainal Abidin sendiri, keluarga Kesultananan al-Qadri di Pontianak dan Garut, Indonesia, Salsilah Bugis dari Sulawesi Selatan, Pertubuhan Rabitah Alawiyyah, Jakarta, Maktab Daimi (المكتب الدئمية) Jakarta. Kajian ini juga dijalankan bagi menjelaskan kedudukan keluarga al-Qadri melalui nasab yang dipegang oleh keluarga Wan Azizan bin Wan Zainal Abidin. Beliau telah berusaha untuk menyusun serta mendapatkan bahan bukti (mencari kebenaran) berkenaan nasab keluarga beliau. Usaha ini dilakukan oleh beliau kerana terdapat pandangan bahawa susur galur keluarga mereka bukanlah daripada kelompok Alawiyyin sebaliknya adalah daripada keturunan Bugis. Kesungguhan untuk mencari kebenaran merupakan motivasi beliau untuk melakukan pencarian sehingga 25 tahun (2025) dan akhirnya telah mendapat pengiktirafan daripada Pertubuhan Rabitah Alawiyyah, Jakarta.










