Perkahwinan lavender: Cabaran keutuhan institusi keluarga dalam konteks undang-undang syariah keluarga Islam di Malaysia

Authors

  • Hamidah Harun Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara cawangan Kelantan, 18500 Bukit Ilmu, Machang, Kelantan, Malaysia
  • Noraini Junoh Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara cawangan Kelantan, 18500 Bukit Ilmu, Machang, Kelantan, Malaysia
  • Sharifah Shazwani Syed Mohamed Jabatan Pengajian Islam, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Parit Raja, 86400 Johor Bharu
  • Nurulhaq Zahidah Lukman Fakulti Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, Gong Badak, Terengganu Malaysia
  • Aishah Rosli Pengamal Undang-Undang Syariah Negeri Terengganu dan Kelantan

Keywords:

Perkahwinan Lavender, Undang-Undang Keluarga Islam, Keutuhan Keluarga, LGBT, Fasakh

Abstract

Dalam pembentukan landskap masyarakat moden yang semakin kompleks, institusi perkahwinan berdepan dengan pelbagai bentuk cabaran baru antaranya kemunculan fenomena perkahwinan lavender. Perkahwinan lavender merujuk kepada perkahwinan yang dilakukan atas dasar kepentingan tertentu, khususnya melibatkan individu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang memasuki perkahwinan heteroseksual untuk menyembunyikan orientasi seksual sebenar atau memenuhi tekanan sosial dan keluarga. Artikel ini menganalisis fenomena perkahwinan lavender sebagai cabaran kontemporari terhadap keutuhan institusi keluarga dalam konteks Undang-Undang Syariah Keluarga Islam di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan analisis doktrinal terhadap peruntukan Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 dan enakmen negeri yang berkaitan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa perkahwinan lavender meskipun sah dari segi administratif namun ianya bercanggah dengan objektif syariah dalam perkahwinan, khususnya pemeliharaan keturunan (hifz al-nasl), kehormatan (hifz al-'ird), dan kemaslahatan keluarga. Perkahwinan yang dimeterai atas dasar penipuan, ketidakjujuran mengenai orientasi seksual, atau tanpa niat sebenar untuk memenuhi tanggungjawab perkahwinan boleh membatalkan kesahan kontrak nikah dan memberikan hak kepada pasangan yang teraniaya untuk memohon fasakh. Artikel ini juga mencadangkan penguatan mekanisme pra-perkahwinan, pendidikan hukum keluarga Islam, dan penambahbaikan prosedur Mahkamah Syariah dalam menangani isu ini dengan berlandaskan keadilan, belas kasihan, dan prinsip-prinsip syariah yang komprehensif.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-03-12

How to Cite

Harun, H., Junoh, N., Syed Mohamed, S. S., Lukman, N. Z., & Rosli, A. (2026). Perkahwinan lavender: Cabaran keutuhan institusi keluarga dalam konteks undang-undang syariah keluarga Islam di Malaysia. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(81), 145–165. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3965