Amalan terbaik guru Pendidikan Islam dalam mengajar tilawah al-Quran kepada murid berkeperluan khas masalah pembelajaran (MBKMP): Satu ulasan literatur sistematik

Authors

  • Norol Huda Yusof Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), Universiti Sains Islam Malaysia, USIM Nilai, Malaysia,
  • Noornajihan Jaafar Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), Universiti Sains Islam Malaysia, USIM Nilai, Malaysia,
  • Mohd Shamsul Hakim Abd Samad Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), Universiti Sains Islam Malaysia, USIM Nilai, Malaysia,

Keywords:

Tilawah al-Quran, Pendidikan Islam, Murid Berkeperluan Khas Masalah Pembelajaran, Ulasan Literatur Sistematik

Abstract

Tilawah al-Quran merupakan komponen teras dalam Pendidikan Islam yang berperanan membentuk kemahiran bacaan, penghayatan spiritual dan pembangunan akhlak murid. Namun, pengajaran Tilawah al-Quran kepada Murid Berkeperluan Khas Masalah Pembelajaran (MBKMP) menuntut pendekatan pedagogi yang lebih fleksibel dan inklusif sejajar dengan keupayaan kognitif, linguistik dan emosi murid. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti dan menganalisis amalan terbaik guru Pendidikan Islam dalam pengajaran Tilawah al-Quran kepada MBKMP berdasarkan literatur terkini. Kajian ini menggunakan pendekatan Ulasan Literatur Sistematik (Systematic Literature Review, SLR) berpandukan kerangka PRISMA 2020 bagi mensintesis dapatan kajian yang diterbitkan antara tahun 2020 hingga 2025. Carian literatur melibatkan lima pangkalan data utama, iaitu Scopus, Web of Science, ERIC, MyCite dan Google Scholar. Daripada 500 artikel yang dikenal pasti, tujuh artikel memenuhi kriteria inklusi dan dianalisis secara tematik. Dapatan kajian mengenal pasti empat tema utama amalan terbaik pengajaran Tilawah al-Quran kepada MBKMP, iaitu strategi pengajaran fleksibel dan multisensori, adaptasi kurikulum dan bahan bantu mengajar, pengurusan bilik darjah serta sokongan emosi, dan kompetensi guru melalui latihan profesional berterusan. Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan bahawa keberkesanan pengajaran Tilawah al-Quran kepada MBKMP tidak bergantung kepada satu kaedah tunggal, sebaliknya memerlukan gabungan pendekatan pedagogi yang responsif, berperingkat dan berteraskan nilai rahmah. Melalui hasil kajian ini dapat menjadi panduan awal kepada guru, pihak sekolah dan pembuat dasar dalam memperkukuh amalan pengajaran Tilawah al-Quran yang lebih inklusif dan berkesan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-03-04

How to Cite

Yusof, N. H., Jaafar, N., & Abd Samad, M. S. H. (2026). Amalan terbaik guru Pendidikan Islam dalam mengajar tilawah al-Quran kepada murid berkeperluan khas masalah pembelajaran (MBKMP): Satu ulasan literatur sistematik. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(81), 59–71. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3946