Pembelajaran ilmu Islam di era AI menurut perspektif Syariah
Keywords:
Kecerdasan Buatan (AI), Pendidikan Islam, Perspektif Syariah, Usul Fiqh, Maqāṣid al-Sharī‘ah, Etika Teknologi IslamAbstract
Perkembangan teknologi kecerdasan buatan (AI) telah membawa perubahan ketara dalam cara ilmu Islam dipelajari, diakses, dan disampaikan. Artikel ini meneliti penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam pembelajaran ilmu Islam melalui lensa syariah. Menerusi pendekatan kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis kandungan terhadap jurnal-jurnal akademik dan kitab-kitab fiqh, kajian ini mengkaji kewajaran AI dijadikan rujukan utama pada masa kini serta menilai manfaat dan risiko AI dalam pendidikan agama. Perbincangan merangkumi prinsip usul fiqh, kaedah fiqh dan maqasid syariah bagi menetapkan garis panduan penggunaan AI yang selaras dengan hukum Islam. Dapatan menunjukkan AI berpotensi besar sebagai alat sokongan pembantu pengajaran, pengindeksan teks dan analisis perbandingan tetapi tidak menggantikan peranan mujtahid dan ulama' kerana kekurangan kefahaman kontekstual, empati dan autoriti sumber. Artikel ini mengemukakan garis panduan syariah bagi integrasi AI dalam pendidikan Islam.
						
							









