Tafsir ilmi sebagai instrumen tadabbur ayat hafazan: Kajian tematik terhadap surah al-Buruj, al-Thariq dan al-Syams

Authors

  • Siti Sarah Izham Senior Lecturer, Academy of Islamic Contemporary Studies, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor, Malaysia.
  • Nuraini Shahbuddin Felo Penyelidik, Faqih Group Sdn Bhd, Kota Damansara, Selangor, Malaysia.
  • Shahirah Said Senior Lecturer, Academy of Islamic Contemporary Studies, Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang, Malaysia.

Keywords:

Tafsir ilmi, tadabbur, hafazan al-Quran, Juzuk ‘Amma, kajian tematik

Abstract

Al-Quran merupakan kitab petunjuk yang merangkumi pelbagai dimensi ilmu, termasuk isyarat terhadap fenomena alam yang membentuk asas kepada tafsir ilmi. Dalam pendidikan Islam, pengajaran hafazan al-Quran sering bermula dengan Juzuk ‘Amma, namun pelaksanaan hafazan yang bersifat mekanikal tanpa pemahaman mendalam menjadi cabaran utama. Kajian ini bertujuan menganalisis kandungan tafsir ilmi dalam tiga surah terpilih daripada Juzuk ‘Amma iaitu surah al-Buruj, al-Thariq dan al-Syams serta meneroka potensi tafsir ilmi sebagai instrumen tadabbur dalam pengajaran hafazan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis dokumen terhadap tafsir klasik dan kontemporari. Hasil kajian menunjukkan bahawa ketiga-tiga surah mengandungi elemen saintifik berkaitan langit, bintang dan matahari yang dapat digunakan untuk mengaitkan kandungan al-Quran dengan pengetahuan semasa. Dapatan ini memberikan asas kepada pendekatan tadabbur yang lebih kontekstual dan berkesan dalam pengajaran hafazan, sekali gus meningkatkan penghayatan pelajar terhadap ayat yang dihafal.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-09-10

How to Cite

Izham, S. S., Shahbuddin, N., & Said, S. (2025). Tafsir ilmi sebagai instrumen tadabbur ayat hafazan: Kajian tematik terhadap surah al-Buruj, al-Thariq dan al-Syams. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(76), 397–409. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3338