Dilema akidah dan budaya: Mengapa muslim terlibat?.

Authors

  • Azarudin Awang Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Cawangan Terengganu, Dungun, 23000, Terengganu
  • Azman Che Mat Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Cawangan Terengganu, Dungun, 23000, Terengganu
  • Mohd Marbawi Taha Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Cawangan Terengganu, Dungun, 23000, Terengganu
  • Muhammad Syukri Mohd Ashmir Wong Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Shah Alam, 40450, Selangor
  • Mohd Nasir Ayob Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Cawangan Pahang, 27600, Raub, Pahan

Keywords:

Dilema, Budaya, Akidah, Muslim, Bukan Muslim, Terlibat

Abstract

Akidah merupakan asas kepada keimanan yang membentuk identiti dan jati diri seorang Muslim. Ia bukan sekadar kepercayaan dalaman, malah menjadi panduan dalam menentukan sempadan antara yang benar dan batil, terutama bermuamalah dengan masyarakat yang menganut pelbagai agama. Justeru, kepelbagaian budaya dan agama dalam negara ini sering kali menimbulkan dilema kepada umat Islam khususnya apabila terlibat dalam aktiviti-aktiviti budaya bukan Islam. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong sebahagian komuniti Muslim terlibat dalam budaya bukan Muslim yang mengandungi unsur-unsur yang bertentangan dengan akidah Islam.  Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menganalisis data daripada dokumen dan teks rujukan yang relevan, termasuk sumber agama, fatwa, dan penulisan ilmiah. Hasil dapatan menunjukkan bahawa antara faktor utama yang menyumbang kepada keterlibatan Muslim dalam budaya bukan Islam termasuklah kelemahan segelintir umat Islam dalam ilmu agama (khususnya akidah), tekanan sosial dari komuniti bukan Muslim, keperluan kerjaya, serta pengaruh media sosial. Selain itu, sikap longgar dalam memahami batasan agama turut menyumbang kepada kekeliruan terhadap akidah sama ada ianya boleh atau tidak. Kajian ini mendapati bahawa pentingnya pendidikan akidah yang berterusan kepada setiap Muslim dan perlunya pendekatan hikmah dalam berinteraksi dengan masyarakat bukan Islam agar keharmonian sosial dapat dicapai tanpa menjejaskan kesucian aqidah umat Islam.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-09-14

How to Cite

Awang, A., Che Mat, A., Taha, M. M., Mohd Ashmir Wong, M. S., & Ayob, M. N. (2025). Dilema akidah dan budaya: Mengapa muslim terlibat?. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(75), 168–179. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3293