Keberkesanan kod kursus CTU152 dalam memupuk nilai etika dan peradaban: Kajian kes di UiTM Cawangan Melaka
Keywords:
Keberkesanan, kod kursus CTU152, nilai etika, peradaban, UiTM Cawangan MelakaAbstract
Kertas kerja ini bertujuan memberi penilaian terhadap keberkesanan Kod Kursus CTU152 dalam mendorong nilai etika dan peradaban dalam kalangan pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka. Kajian ini menilai sejauh mana kursus ini berjaya menyampaikan konsep etika dan peradaban serta mengukur impaknya terhadap sikap dan tingkah laku pelajar. Pendekatan kuantitatif akan digunakan bagi mengumpul data soal selidik respon pelajar yang mengikuti kursus CTU152 di UiTM Cawangan Melaka. Data yang dikumpul dianalisis untuk menilai persepsi pelajar mengenai keberkesanan kaedah pengajaran, kerelevanan kandungan kursus serta kesan keseluruhannya terhadap pemahaman dan penghayatan nilai etika dalam kehidupan seharian mereka. Dapatan kajian menunjukkan majoriti pelajar merasakan kursus ini relevan dan bermanfaat dalam membentuk sahsiah serta meningkatkan pemahaman mereka terhadap konsep etika dan peradaban. Namun, terdapat juga beberapa cabaran yang dikenal pasti dalam pelaksanaan kursus termasuk penyesuaian kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih interaktif. Kesimpulannya, kursus CTU152 berperanan penting dalam pembentukan nilai etika di kalangan pelajar UiTM.