Pemerkasaan pengajian Takmir serta signifikannya di Negeri Sembilan: Satu tinjauan
Keywords:
Pemerkasaan, Pengajian Takmir, SignifikanAbstract
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) badan utama yang mengelola pengurusan Islam ketika itu telah memperkenalkan takmir kepada umum bermula pada tahun 1985. Artikel ini akan mengkaji perubahan dan pembaharuan yang telah dilakukan oleh pelbagai pihak khususnya pihak JAKIM mahupun Jabatan Agama Islam Negeri termasuk tanda penghargaan kepada jasa-jasa guru takmir yang menjadi tunjang pendidikan tidak formal negara ini. Walaupun terdapat kajian terdahulu berkenaan pengurusan takmir namun ianya masih kurang berkesan untuk memberi impak yang positif terhadap pengurusan yang sistematik memandangkan semua pengurusan takmir 10 tahun terdahulu masih bergantung sepenuhnya kepada sumber tenaga manusia untuk pengoperasian. Pengkaji ingin mengetengahkan solusi yang terbaik buat masa sekarang dengan memperkenalkan sistem pengurusan bersepadu mytakmir yang telah digunakan di Negeri Sembilan. Metodologi kajian adalah dengan mempraktikkan pendekatan kualitatif untuk menganalisis dokumen dan kandungan sebagai kaedah utama pengumpulan data dengan merujuk kepada kajian terhadap bahan-bahan bertulis seperti manual pengurusan takmir, laporan tahunan, modul pendidikan, dan dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) selain dokumen oleh pihak berautoriti yang lain. . Hasil daripada dapatan kajian, pelbagai usaha dan sokongan telah diberikan oleh banyak pihak terhadap kelangsungan takmir merangkumi pengajian atau guru takmir sendiri sama ada daripada pihak Kerajaan Pusat mahupun Kerajaan Negeri. Selain itu, inisiatif daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dengan memperkenalkan sistem pengurusan bersepadu takmir yang dikenali sebagai “mytakmir” adalah satu permulaaan yang sangat baik kepada kecekapan dan signifikan pengajian takmir yang harus dicontohi oleh jabatan-jabatan agama Islam negeri yang lain. Oleh yang demikian, pihak kerajaan terutamanya haruslah mempergiatkan lagi usaha penambahbaikan dari semua segi terhadap pengajian takmir untuk terus mengekalkan survival pengajian takmir di negara dan negeri ini.