Pemerkasaan pengurusan kewangan masjid: Satu penelitian awal

Authors

  • ‘Imaaduddin Abdul Halim Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang, Malaysia
  • Roshaimizam Suhaimi Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang, Malaysia
  • Adlan Saidin Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang, Malaysia
  • Muhammad Che Saad Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang, Malaysia
  • Hisyam Mohd Radzi Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang, Malaysia

Keywords:

Model Pengurusan Koperasi, Pengurusan, Tadbir Urus, Kewangan, Koperasi Masjid

Abstract

Kekurangan aktiviti masjid dalam menjana sumber kewangan sendiri menyebabkan institusi masjid dan surau dilihat kurang produktif. Berdasarkan data yang dikemukakan oleh Angkasa menunjukkan terdapat lebih kurang 500 buah masjid yang dikenalpasti menubuhkan Koperasi Kariah Masjid sebagai pemangkin membangunkan ekonomi masyarakat Islam setempat khususnya. Timbul persoalan berkaitan tindakan terbaik dalam usaha mempelbagaikan visi dan misi melestarikan pembangunan yang menyeluruh demi kepentingan ummah. Koperasi masjid sedia ada lebih menumpukan pengurusan kewangan secara umum sahaja. Justeru, kajian ini memfokuskan dan memperincikan lagi tadbir urus kewangan koperasi masjid agar lebih tersusun dan bersistematik. Disamping itu mempelbagaikan lagi penjanaan kewangan masjid. Justeru, satu penelitian khusus perlu dijalankan bagi (i) mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pengurusan kewangan masjid di Malaysia, (ii) menganalisis metod dan teknik penjanaan kewangan masjid di Malaysia melalui model koperasi masjid yang sedia ada dan (iii) membangunkan model pengurusan kewangan koperasi masjid untuk tadbir urus koperasi masjid di Malaysia. Oleh yang demikian, bagi mencapai objektif pertama kajian, satu kajian teoritikal akan dijalankan melalui pengumpulan data sekunder yang berkaitan kekuatan dan kelemahan pengurusan kewangan masjid di Malaysia. Kajian lapangan dijalankan pada peringkat awal kajian bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan yang dimaksudkan melibatkan pengedaran soal selidik kepada sejumlah responden yang ditentukan berdasarkan persampelan kajian. Pengumpulan data juga menggunakan kaedah focus group discussion (FGD) melibatkan pengurusan masjid terpilih di Malaysia bagi menghuraikan isu sebenar yang berlaku. Seterusnya, kajian empirikal dilakukan terhadap pengurusan masjid terpilih bagi menganalisis metod dan teknik penjanaan kewangan masjid melalui model koperasi masjid yang sedia ada. Pengesahan model tadbir urus kewangan koperasi oleh pihak bertautoriti seperti JAKIM, INSKEN dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menggunakan kaedah Fuzzy Delphi. Oleh yang demikian model ini akan dijadikan rujukan serta panduan pihak berkepentingan seperti JAKIM dan JAIN bagi pemerkasaan tadbir urus kewangan koperasi masjid di Malaysia selari dengan Cadangan Dasar Koperasi Negara 2021-2030 yang berpaksikan Teras Strategik 1 dan 4.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-04-15

How to Cite

Abdul Halim, ‘Imaaduddin, Suhaimi , R., Saidin, A., Che Saad, M., & Mohd Radzi, H. (2025). Pemerkasaan pengurusan kewangan masjid: Satu penelitian awal. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(71), 786–797. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/2958