Pendekatan psiko-hisbah dalam menangani kemurungan golongan remaja

Authors

  • Afifi Farhana Mhd Poad Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia (USM), 11800 Pulau Pinang, Malaysia
  • Azrin Ibrahim Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia (USM), 11800 Pulau Pinang, Malaysia

Keywords:

Psiko-hisbah, remaja Muslim, kemurungan

Abstract

Berdasarkan laporan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) sejuta atau 4.6% penduduk di Malaysia berumur 16 tahun ke atas mengalami kemurungan. Hal ini menunjukkan masalah kemurungan dalam kalangan masyarakat meningkat 2 kali ganda dari tahun 2019 sehingga 2023. Berdasarkan kajian juga hampir separuh daripada mereka adalah remaja dan ada yang berfikir untuk mencederakan diri, atau lebih baik untuk mati. Justeru, kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji pendekatan psiko-hisbah untuk menangani masalah kemurungan terutamanya dalam kalangan remaja. Bagi memastikan objektif kajian tercapai, kertas kerja ini dilakukan dengan reka bentuk kajian kualitatif menggunakan kajian dokumen untuk tujuan pengumpulan data. Setelah itu, data yang dikumpulkan dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Dapatan kertas kerja ini menunjukkan bahawa pendekatan psiko-hisbah yang merangkumi hubungan dengan Allah SWT, hubungan sesama insan dan alam serta hubungan dengan diri sendiri dapat menjadi asas kepada remaja khususnya remaja Muslim untuk menangani kemurungan.

Downloads

Downloads

Published

2025-04-15

How to Cite

Mhd Poad , A. F., & Ibrahim , A. (2025). Pendekatan psiko-hisbah dalam menangani kemurungan golongan remaja. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(71), 624–635. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/2923