Faktor Yang mempengaruhi amalan pengurusan kualiti: Satu Sorotan Literatur

Authors

  • Sean Seidie Kuyubin Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Malaysian
  • Kee Y. Sabariah Kee Mohd Yussof Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Malaysian

Keywords:

Pengurusan kualiti, Kualiti, Organisasi, Prestasi, Tinjauan literatur sistematik

Abstract

Faktor-faktor yang mempengaruhi amalan pengurusan kualiti dalam sesebuah organisasi telah dikenalpasti oleh pengkaji-pengkaji lepas. Hal ini kerana pengaplikasian amalan pengurusan kualiti dalam sesebuah organisasi telah menjadi keperluan untuk memastikan perkhidmatan yang disampaikan menepati piawaian yang telah ditetapkan. Keadaan ini juga mendorong organisasi untuk melaksanakan penambahbaikan berterusan yang memberi kesan terhadap prestasi organisasi. Walau bagaimanapun, faktor yang mempengaruhi amalan tersebut masih memerlukan perhatian oleh pengkaji-pengkaji yang akan datang, berikutan dengan limitasi bahan rujukan pada masa kini. Oleh itu, tinjauan literatur yang sistematik dalam menganalisis bahan rujukan perlu dilakukan. Penekanan diberikan terhadap faktor yang mempengaruhi amalan pengurusan kualiti. Ini juga disusuli dengan objektif kajian iaitu mengkaji secara deskriptif keseluruhan artikel, kertas kerja dan pelbagai bahan bacaan yang berkaitan dengan faktor yang mempengaruhi amalan pengurusan kualiti. Data diperoleh melalui dua pangkalan data iaitu google scholar dan researchgate. Hasil kajian ini penting untulk memperkayakan bahan rujukan dalam bidang pengurusan khususnya dalam konteks faktor-faktor yang mempengaruhi pengurusan kualiti dalam sebuah organisasi.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-04-15

How to Cite

Kuyubin, S. S., & Kee Mohd Yussof, K. Y. S. (2025). Faktor Yang mempengaruhi amalan pengurusan kualiti: Satu Sorotan Literatur. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(71), 579–592. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/2917