Pengharmonian Salafi dan Tasawuf: Pendekatan integrasi Syeikh Abdullah Al-Talidi

Authors

  • Muhammad Iskandar Shah Ab Ahmid Pelajar Sarjana, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka, Alor Gajah, Melaka, Malaysia
  • Mohammad Fahmi Abdul Hamid Pensyarah Kanan : Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka, Alor Gajah, Melaka
  • Khairul Azhar Meerangani Pensyarah Kanan : Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka, Alor Gajah, Melaka

Keywords:

Syeikh Abdullah al-Talidi, keilmuan Islam, Fiqh hadis, Tasawuf, Salafi, pengharmonian, pemurniah akidah

Abstract

Syeikh Abdullah al-Talidi merupakan seorang tokoh ilmuan Islam yang jarang disebut namanya dalam wacana umum. Namun sumbangannya dalam bidang keilmuan Islam sangat signifikan khususnya dalam karya fiqh hadis serta Tasawuf. Beliau memainkan peranan penting dalam mengharmonikan aliran Salafi dan Tasawuf dengan menekankan pemurnian akidah berdasarkan dalil syarak serta aspek spiritual yang sahih. Karya-karya yang dihasilkan oleh Syeikh Abdullah al-Talidi memberi impak yang besar terhadap perkembangan iman serta pertumbuhan intelektual dan spiritual umat Islam di samping menekankan nilai kasih sayang, bersangka baik dan perpaduan dalam masyarakat. Sebagai seorang pendidik dan murabbi, beliau menekankan tiga elemen utama dalam pengharmonian iaitu ta’lim (pengajaran ilmu yang sahih), ta’dib (pembentukan adab dan disiplin) serta dakwah (penyebaran kefahaman Islam yang benar). Pendekatan beliau yang seimbangan antara akliah (rasional) dan naqliyah (wahyu) berjaya menyuntik pembaharuan pada pemikiran dalam masyarakat tanpa mencetuska perpecahan atau ekstremisme. Kesarjaan dan metodologi pengajarannya yang seimbang telah memberikan impak besar dalam dunia keilmuan Islam dengan menjadikan beliau tokoh yang wajr dihargai, dikaji serta menjadi inspirasi bagi generasi ummatan wahidah pada akan datang.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-03-27

How to Cite

Ab Ahmid, M. I. S., Abdul Hamid , M. F., & Meerangani , K. A. (2025). Pengharmonian Salafi dan Tasawuf: Pendekatan integrasi Syeikh Abdullah Al-Talidi. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(71), 541–551. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/2882