Falsafah pendidikan tokoh Syed Naquib Al-Attas dalam Pendidikan Islam
Keywords:
Al-Attas, falsafah pendidikan islam, ta’dib, islamisasi ilmu, dualismAbstract
Kajian ini membincangkan falsafah pendidikan tokoh Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam konteks pendidikan Islam. Al-Attas menekankan konsep ta’dib sebagai asas pembentukan insan beradab yang seimbang dari segi intelektual, rohani, dan moral. Beliau juga memperkenalkan gagasan Islamisasi ilmu, iaitu usaha untuk memurnikan ilmu moden daripada unsur-unsur sekular dan materialistik yang bertentangan dengan nilai Islam. Kajian ini menggunakan kaedah perpustakaan, di mana sumber-sumber primer dan sekunder seperti buku, artikel jurnal dan tesis berkaitan falsafah pendidikan al-Attas dianalisis secara mendalam. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa al-Attas telah memperkenalkan konsep ta’dib dalam falsafah Pendidikan Islam yang menjadi asas dalam Pendidikan. Al-Attas juga memberikan sumbangan besar dalam merangka sistem pendidikan Islam yang holistik, menolak dualisme pendidikan dan menekankan peranan bahasa serta tradisi keilmuan Islam. Sumbangan beliau, seperti penubuhan Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC), menjadi bukti usaha dan komitmen beliau terhadap pengembangan pendidikan Islam. Kajian ini menyimpulkan bahawa falsafah pendidikan al-Attas relevan dalam membentuk sistem pendidikan Islam yang berkualiti, sejajar dengan keperluan semasa dan masa depan.