HAMKA: Pendekatan seimbang dalam falsafah dan Pendidikan Islam
Keywords:
Falsafah Pendidikan, HAMKA, Pendidikan Islam, Akhlak berasaskan TauhidAbstract
Haji Abdul Malik Karim Amrullah HAMKA (1908-1981) merupakan ilmuwan Islam yang telah menguasai pelbagai bidang ilmu Pengajian Islam seperti Pendidikan Islam, fiqh, akidah, akhlak dan tasawuf. Penulisan karya seperti Tafsir al-Azhar dan novel-novel berunsur Islam telah membuktikan kesarjanaan HAMKA. Walaupun begitu, beliau juga telah memberikan sumbangan yang signifikan dalam bidang falsafah dan pendidikan. Antara karya beliau yang membincangkan falsafah dan pemikiran ialah "Falsafah Hidup (1940)", “Tasawuf Modern (1939)”, “Pedoman Hidup (1940)”, “Pandangan Hidup (1952)” dan "Lembaga Budi (1939)". Karya-karya tersebut menjelaskan pandangan beliau terhadap hubungan antara agama Islam dan falsafah, serta keperluan menjadikan agama sebagai asas kepada pembentukan akhlak dan masyarakat. Oleh yang demikian, artikel ini akan membincangkan tentang kedudukan falsafah dalam Islam menurut pandangan HAMKA. Penulisan ini akan menggunakan metodologi kualitatif iaitu menggunakan kaedah keperpustakaan. Dalam membincangkan tentang kedudukan falsafah dalam Islam, HAMKA telah meletakkan satu neraca pertimbangan yang seimbang dan berhikmah. Beliau telah memberikan pandangan bahawa falsafah Pendidikan bertujuan membentuk insan yang bertaqwa. HAMKA menegaskan bahawa akhlak perlu berasaskan tauhid dan turut dipengaruhi oleh persekitaran serta latihan rutin dalam membentuk sikap dan tingkah laku individu.