Elemen pengajaran sirah di sekolah menengah dengan menggunakan Pendekatan Heutagogi

Authors

  • Mohammad Dzarul Hafiz Dol Malek Islamic Civilization Academy, Faculty of Social Sciences & Humanities, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor, Malaysia
  • Muhammad Talhah Ajmain @ Jima’ain Islamic Civilization Academy, Faculty of Social Sciences & Humanities, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor, Malaysia
  • Norly Marlia Kamaruddin Islamic Civilization Academy, Faculty of Social Sciences & Humanities, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor, Malaysia
  • Nur Nadiah Abdul Manap Islamic Civilization Academy, Faculty of Social Sciences & Humanities, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor, Malaysia
  • Muhammad Fitri Ab Kadir
  • Qosrina Abdullah Islamic Civilization Academy, Faculty of Social Sciences & Humanities, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor, Malaysia

Keywords:

Heutagogi, Pendidikan Sirah, Sekolah Menengah

Abstract

Artikel ini bertujuan untuk mengkaji dan menganalisis elemen-elemen utama dalam pengajaran Sirah di sekolah menengah menggunakan pendekatan heutagogi. Sebagai pendekatan pembelajaran kendiri yang menekankan keupayaan pelajar untuk mengurus pembelajaran mereka sendiri, heutagogi telah dikenalpasti sebagai kaedah yang relevan untuk meningkatkan pemahaman pelajar terhadap Sirah dan aplikasinya dalam kehidupan harian secara mendiri. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif iaitu merujuk dapatan daripada pencarian di perpustakaan. Hasil dapatan mendapati enam elemen utama yang menjadi teras dalam pendekatan ini, iaitu meneroka, mencipta, bekerjasama, berhubung, berkongsi dan refleksi. Elemen meneroka melibatkan pelajar dalam proses penyelidikan kendiri terhadap kisah-kisah Sirah, manakala elemen mencipta memberi peluang kepada pelajar untuk menghasilkan kandungan yang kreatif dan bermakna berdasarkan pemahaman mereka. Bekerjasama pula menekankan interaksi kumpulan untuk meningkatkan kefahaman melalui diskusi dan aktiviti bersama, sementara elemen berhubung membolehkan pelajar berhubung dengan individu serta maklumat diluar bilik darjah serta mengaitkan pembelajaran Sirah dengan kehidupan mereka secara praktikal. Berkongsi memfokuskan kepada penyampaian pengetahuan dan pengalaman, manakala refleksi memberikan ruang kepada pelajar untuk menilai dan memperbaiki kefahaman serta sikap mereka terhadap nilai-nilai Sirah. Penemuan ini menunjukkan bahawa integrasi elemen-elemen tersebut dalam pengajaran Sirah berpotensi bukan sahaja untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran tetapi juga untuk membentuk pelajar yang lebih berdikari, berdaya kreatif dan bermotivasi. Diharapkan artikel ini dapat memberi input tambahan  agar pendekatan heutagogi boleh diterapkan dalam sistem pendidikan Malaysia di masa akan datang untuk menyokong pembangunan holistik pelajar di sekolah menengah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-03-27

How to Cite

Dol Malek, M. D. H., Ajmain @ Jima’ain, M. T., Kamaruddin, N. M., Abdul Manap, N. N., Ab Kadir, M. F., & Abdullah, Q. (2025). Elemen pengajaran sirah di sekolah menengah dengan menggunakan Pendekatan Heutagogi. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(71), 468–479. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/2876