Kesan atribut pempengaruh media sosial terhadap niat pembelian pengguna

Authors

  • Norly Marlia Kamaruddin Academy of Islamic Civilization, Faculty of Social Sciences & Humanities, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor, Malaysia
  • Muhammad Fitri Ab Kadir Academy of Islamic Civilization, Faculty of Social Sciences & Humanities, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor, Malaysia
  • Nur Nadiah Abdul Manap Academy of Islamic Civilization, Faculty of Social Sciences & Humanities, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor, Malaysia
  • Qosrina Abdullah Academy of Islamic Civilization, Faculty of Social Sciences & Humanities, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor, Malaysia
  • Mohammad Dzarul Hafiz Dol Malek Academy of Islamic Civilization, Faculty of Social Sciences & Humanities, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor, Malaysia

Keywords:

Pempengaruh Media Sosial, Niat Pembelian, Kebolehpercayaan, Kepakaran, Kualiti Maklumat, Tingkah Laku Pembelian Pengguna

Abstract

Dalam era digital masa kini, pempengaruh media sosial telah menjadi satu kuasa yang sangat kuat dalam membentuk tingkah laku pembelian pengguna. Pengguna semakin cenderung merujuk kepada pempengaruh media sosial untuk mendapatkan cadangan dan nasihat mengenai produk dan perkhidmatan sebelum membuat pembelian. Perkembangan ini didorong oleh peningkatan kehadiran pempengaruh di platform media sosial, yang telah membuka peluang baharu kepada pemasaar berhubung dengan demografi sasaran mereka dan berinteraksi secara lebih tulus dan bermakna. Pempengaruh media sosial bertindak sebagai pihak ketiga yang menyediakan maklumat tentang produk kepada khalayak media sosial. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk meneliti peranan atribut kebolehpercayaan, kepakaran, dan kualiti maklumat pempengaruh media sosial dalam mempengaruhi tingkah laku pembelian pengguna. Dengan mengkaji hubungan ini, kajian ini bertujuan untuk menyumbang kepada literatur sedia ada mengenai pemasaran pempengaruh dan memberikan pandangan berharga kepada perniagaan yang ingin mengoptimumkan strategi pemasaran menerusi fungsi pempengaruh mereka.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-03-27

How to Cite

Kamaruddin, N. M., Ab Kadir, M. F., Abdul Manap, N. N., Abdullah, Q., & Dol Malek, M. D. H. (2025). Kesan atribut pempengaruh media sosial terhadap niat pembelian pengguna. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(71), 457–467. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/2875