Elemen kebahagiaan menyumbang kepada kepuasan kerja guru Pendidikan Islam wanita
Keywords:
Kebahagiaan, Wanita, Kepuasan Kerja, Pemeliharaan DiriAbstract
Kebahagiaan manusia adalah merupakan sesuatu yang abstrak di mana definisi kebahagiaan berbeza bagi setiap individu. Kebahagiaan meliputi keriangan hati, kesenangan, kebanggaan hati dan kegembiraan, memiliki pemikiran yang positif, kesenangan dalaman yang kukuh dan psikologi yang seimbang. Merujuk kepada Konsep Kebahagiaan Al-Ghazali (1958), terdapat empat elemen utama untuk mencapai kebahagiaan iaitu kebijaksanaan, keberanian, pemeliharaan diri dan keseimbangan. Kepuasan kerja pula merupakan elemen psikologi bagi mencapai tahap kerja yang cemerlang, bermotivasi dan berprestasi tinggi. Ia juga menunjukkan sikap individu terhadap kerjaya. Dapatan kajian ini mendapati terdapat peratusan dan nilai skor min elemen kebahagiaan Guru Pendidikan Islam Wanita berada pada tahap yang tinggi. Ini menunjukkan elemen kebahagiaan sesuai diamalkan oleh GPI wanita di samping mendapatkan kepuasan dalam pekerjaan mereka. Hubungan yang signifikan juga diperolehi dalam kajian ini menunjukan terdapat hubungan yang selari antara kebahagiaan dan kepuasan kerja.