Kemahiran asas membaca Bahasa Arab menggunakan Buku Iqra’ di peringkat sekolah Agama Kota Masai

Authors

  • Faridah Ibrahim Universiti Teknologi Malaysia
  • Muhammad Suhaimie Universiti Teknologi Malaysia
  • Hazlina Hasaran Universiti Teknologi Malaysia
  • Diaya Ud Deen Deab Mahmoud Al Zitawi Islamic Civilization Academy, Faculty of Social Sciences and Humanities, University Technology Malaysia (UTM), Malaysia

Keywords:

kaedah iqra', kemahiran membaca, pendidikan asas, sekolah agama

Abstract

Kemahiran membaca dalam Bahasa Arab merupakan elemen asas yang amat penting dalam pendidikan agama Islam dan pembelajaran al-Quran. Sebagai panduan utama, buku Iqra’ memainkan peranan besar dalam membentuk asas penguasaan huruf dan sebutan. Namun, pelajar di Malaysia sering menghadapi cabaran besar dalam menguasai kemahiran ini, terutamanya disebabkan oleh perbezaan sistem abjad dan kekangan pendekatan pengajaran yang kurang fleksibel. Walaupun ramai murid menunjukkan minat mendalam terhadap pembelajaran Bahasa Arab, kesukaran sering timbul apabila integrasi antara pendekatan buku Iqra’ dengan buku teks Bahasa Arab kurang berkesan. Murid yang gemar membaca sering merasakan bahawa kaedah buku Iqra’ lebih mudah difahami kerana ia disusun secara sistematik dan bertahap. Sebaliknya, buku teks Bahasa Arab kadangkala dianggap kurang mesra pelajar kerana elemen tatabahasa dan kandungannya yang lebih kompleks. Kajian ini bertujuan untuk menilai sejauh mana kaedah buku Iqra’ dapat diintegrasikan dalam pembelajaran kemahiran membaca Bahasa Arab. Dengan menggunakan pendekatan kualitatif, analisis kandungan buku Iqra’ dan pemerhatian di sekolah agama telah dijalankan bagi memahami impaknya terhadap pelajar. Hasil kajian mendapati bahawa pendekatan sistematik buku Iqra’ mampu meningkatkan kemahiran membaca pelajar secara signifikan, terutama dalam penguasaan huruf, sebutan, dan penyusunan perkataan. Namun begitu, beberapa kekurangan telah dikenalpasti. Antaranya, ketiadaan elemen tatabahasa yang komprehensif, kekurangan integrasi teknologi, serta kandungan yang kurang relevan untuk pelajar dewasa. Bagi mengatasi kelemahan ini, kajian mencadangkan pengenalan aplikasi mudah alih yang interaktif, latihan kontekstual yang menekankan situasi sebenar, serta ujian berstruktur untuk menilai keberkesanan pembelajaran. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa buku Iqra’, dengan penambahbaikan yang sesuai, boleh menjadi alat pembelajaran utama yang bukan sahaja membantu meningkatkan kemahiran membaca pelajar, tetapi juga memperkukuh hubungan mereka dengan bahasa, budaya, dan agama Islam. Pengintegrasian elemen moden menjadikan buku Iqra’ sebuah medium yang relevan dan inovatif, menghubungkan tradisi dengan keperluan pendidikan moden. Melalui inovasi ini, murid dapat menikmati pengalaman pembelajaran yang lebih menarik, bermakna, dan berkesan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-03-27

How to Cite

Ibrahim , F., Suhaimie , M., Hasaran , H., & Mahmoud Al Zitawi, D. U. D. D. (2025). Kemahiran asas membaca Bahasa Arab menggunakan Buku Iqra’ di peringkat sekolah Agama Kota Masai. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(71), 392–408. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/2869