Kepentingan garis panduan bagi umat Islam dalam menghadiri majlis masyarakat bukan Islam dalam konteks keharmonian dan toleransi beragama

Authors

  • Bushrah Basiron Faculty of Social Sciences and Humanities (UTM), Malaysia

Keywords:

Masyarakat Majmuk, Garis Panduan, Akidah, Toleransi

Abstract

Dalam menyantuni masyarakat majmuk di Malaysia, terdapat pelbagai isu yang timbul akibat tindakan sesetengah umat Islam yang bertentangan dengan agama. Hal ini berlaku kerana kurangnya didikan, pengetahuan dan pemahaman agama serta toleransi yang berlebihan dalam kalangan mereka. Oleh itu, artikel ini akan membincangkan kepentingan garis panduan bagi umat Islam dalam menghadiri majlis masyarakat bukan Islam dengan mengambilkira tahap penguasaan ilmu agama umat Islam yang berbeza, kepentingan menjaga akidah dan menjaga agama menurut Maqasid Syariah, kepentingan sifat warak dalam menjaga agama di samping mengetengahkan implikasi jika bertindak membelakangkan ajaran agama atas nama torelansi. Oleh itu, diharapkan artikel yang menggunakan kaedah dokumentasi dan penelitian ini dapat menyuntik kesedaran dan menonjolkan kepentingan garis panduan bagi umat Islam dalam menghadiri majlis orang bukan Islam agar akidah terpelihara dan agama terbela tanpa menjejaskan keharmonian bersama.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-03-27

How to Cite

Basiron, B. (2025). Kepentingan garis panduan bagi umat Islam dalam menghadiri majlis masyarakat bukan Islam dalam konteks keharmonian dan toleransi beragama. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(71), 365–379. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/2867