Debat perbandingan agama di antara Sultan Terengganu dengan Mubaligh Kristian pada abad ke 19

Authors

  • Mohd Ezri @ Asri Abd Rahman Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (UNiSZA), Malaysia
  • Ahmad Bazli Shafie Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (UNiSZA), Malaysia
  • Wan Helmy Shahriman Wan Ahmad Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM CawanganTerengganu, Malaysia

Keywords:

Akidah, Debat, Istana Terengganu, Mubaligh Kristian

Abstract

Abad ke19 memperlihatkan telah wujudnya gerakan kristianisasi di Alam Melayu. Kehadiran mubaligh-mubaligh Kristian ke rantau ini, merancakkan lagi perkembangan gerakan tersebut. Selain itu, penterjemahan Bible ke dalam Bahasa Melayu adalah suatu wahana penting bagi gerakan ini dalam mengubah pandangan alam Islam di Alam Melayu melalui rekontruksi peristilahan dasar dalam Islam. Kajian ini akan memfokuskan pendedahan mengenai peranan Istana Kesultanan Melayu Terengganu dalam mempertahankan Akidah Islam berdasarkan perdebatan perbandingan agama di antara Sultan Terengganu dengan mubaligh Kristian pada abad ke 19. Kajian Kualitatif dengan reka bentuk kajian perpustakaan ini dijalankan melalui metod pengumpulan dan dan analisis data khususnya analisis persejarahan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa wujudnya peranan signifikan oleh Sultan dan Istana Kesultanan Melayu Terengganu sebagai instusi yang mempertahankan Akidah Islam pada masa tersebut. Kesimpulannya, Tradisi Keilmuan yang wujud di Istana Kesultanan Melayu Terengganu pada era tersebut sudah mampan serta peranan Sultan yang merupakan Ketua Negeri dan Agama adalah sangat besar di Terengganu.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-03-25

How to Cite

Abd Rahman, M. E. @ A., Shafie , A. B., & Wan Ahmad , W. H. S. (2025). Debat perbandingan agama di antara Sultan Terengganu dengan Mubaligh Kristian pada abad ke 19. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(71), 327–338. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/2862