Peranan Imam Masjid dalam pembangunan komuniti: Perspektif keagamaan dan sosial
Keywords:
Imam masjid, institusi Islam, pembangunan komuniti, keagamaan dan sosialAbstract
Masjid adalah institusi dan tempat ibadat bagi umat Islam. Sewajarnya pengurusan dan pengimarahan masjid difahami dan dilaksanakan seluas takrifan dan konsep ibadah itu sendiri. Bermula sebagai pusat ibadat dan tempat pengajian ilmu fardhu ain, pihak pengurusan boleh mengadakan program pendidikan dengan lebih meluas, membangunkan sosio-ekonomi masyarakat, menjadikan pusat kegiatan sosial, pusat bantuan sosial, tempat dialog dan perundingan serta terbuka untuk semua lapisan masyarakat tanpa memandang status sosial seseorang. Artikel ini memfokuskan kepada peranan imam masjid dalam konteks pembangunan komuniti terutamanya dalam aspek keagamaan dan sosial berdasarkan analisis daripada ayat al-Quran, pandangan sarjana Islam dan perincian tugas imam. Pejabat imam adalah di masjid manakala personaliti dan tingkah lakunya adalah role model kepada masyarakat dalam kariah. Maka imam hendaklah dilantik dalam kalangan mereka yang berilmu, kerkelayakan dan berpangalaman serta diterima oleh masyarakat setempat. Ketokohan imam dan keharmonian dalam komuniti membantu memudahkan pengurusan dan pengimarahan masjid.