Hubungan insentif kewangan dan bukan kewangan berkait rapat dengan komitmen pekerja terhadap organisasi dalam kalangan generasi milenial dan gen Z

Authors

  • Siti Suhailah Saifful Lizan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Norhafizah Abu Hasan Pusat Penciptaan Nilai dan Kesejahteraan Insan (INSAN

Keywords:

Generasi Milenial, Gen Z, Pengekalan Pekerja, Komitmen Kerja, Insentif Kewangan, Insentif Bukan Kewangan

Abstract

Komitmen pekerja merupakan salah satu elemen yang paling penting dalam memastikan sesebuah organisasi itu boleh terus beroperasi dengan lebih cekap dan berkesan. Generasi Milenial dan Gen Z, dengan pandangan dan sikap yang berbeza dalam konteks pekerjaan, memainkan peranan penting dalam membentuk landskap kerja moden. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi menganalisis hubungan insentif kewangan dan insentif bukan kewangan dengan komitmen pekerja terhadap organisasi dalam kalangan Generasi Milenial dan Gen Z. Kajian yang berbentuk soal selidik ini telah menggunakan kaedah kuantitatif yang melibatkan seramai 200 orang responden yang terdiri daripada pekerja-pekerja dari Generasi Milenial dan Gen Z. Data yang dikumpulkan melalui Google Form telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) Version 27. Kaedah pengumpulan data dalam kajian ini adalah dengan menggunakan skor min, sisihan piawai, analisis korelasi, kaedah regresi linear berganda dan Cronbach Alpha. Hasil kajian menunjukkan bahawa kedua-dua faktor (insentif kewangan dan insentif bukan kewangan) dapat mempengaruhi komitmen pekerja terhadap organisasi dalam kalangan Generasi Milenial dan Gen Z

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-03-20

How to Cite

Saifful Lizan, S. S., & Abu Hasan, N. (2025). Hubungan insentif kewangan dan bukan kewangan berkait rapat dengan komitmen pekerja terhadap organisasi dalam kalangan generasi milenial dan gen Z. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(71), 201–225. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/2848