Keperluan perincian hukum islam terhadap isu-isu pengurusan haiwan kesayangan di dalam rumah di Malaysia

Authors

  • Muhammad A’tif Fitri Muhammad Salim Postgraduate Student, Academy of Contemporary Islamic Studies, Universiti Teknologi MARA, Perak Branch, Seri Iskandar Campus, Seri Iskandar, 32610 Perak, Malaysia. (
  • Muhammad Yusri Yusof @ Salleh Academy of Contemporary Islamic Studies, Universiti Teknologi MARA, Perak Branch, Seri Iskandar Campus, Seri Iskandar, 32610 Perak, Malaysia
  • Paiz Hassan Academy of Contemporary Islamic Studies, Universiti Teknologi MARA, Perak Branch, Seri Iskandar Campus, Seri Iskandar, 32610 Perak, Malaysia

Keywords:

Pengurusan haiwan kesayangan, hukum Islam, fiqh taharah, kebersihan, kesejahteraan haiwan

Abstract

Pengurusan haiwan kesayangan di dalam rumah merupakan suatu aspek yang memerlukan perhatian khusus dalam kerangka hukum Islam. Islam membenarkan pemeliharaan haiwan dengan syarat pemilik bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan, kebersihan, serta kesejahteraan haiwan dan persekitaran rumah. Namun demikian, terdapat beberapa isu utama yang sering menimbulkan persoalan dalam kalangan pemilik haiwan, antaranya berkaitan dengan kenajisan air liur dan bulu haiwan, kebersihan tempat ibadah, serta implikasi kesihatan akibat interaksi rapat dengan haiwan. Penulisan ini bertujuan untuk menganalisis isu-isu utama dalam pengurusan haiwan kesayangan berdasarkan prinsip fiqh Islam, khususnya dalam aspek taharah, keabsahan transaksi jual beli haiwan, serta kebajikan dan kesejahteraan haiwan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis literatur bagi meneliti garis panduan syarak dalam pengurusan haiwan kesayangan. Hasil kajian mendapati bahawa pemilik haiwan kesayangan perlu diberikan kesedaran dan bimbingan yang lebih jelas mengenai kaedah pengurusan haiwan yang menepati tuntutan syarak.Justeru, pemahaman yang komprehensif mengenai hukum-hakam Islam dalam pengurusan haiwan kesayangan amat penting bagi memastikan kehidupan yang bersih, sihat, dan harmoni, selaras dengan prinsip syariat Islam. Kajian ini mencadangkan satu kerangka pengurusan haiwan kesayangan yang lebih sistematik dan berlandaskan hukum Islam bagi membantu pemilik haiwan memahami tanggungjawab mereka dalam aspek kebersihan, kesihatan, keselamatan, dan keabsahan ibadah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-03-20

How to Cite

Muhammad Salim, M. A. F., Yusof @ Salleh, M. Y., & Hassan, P. (2025). Keperluan perincian hukum islam terhadap isu-isu pengurusan haiwan kesayangan di dalam rumah di Malaysia. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(71), 175–185. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/2846