Isu-isu pengajaran dan pembelajaran Qiraat: Suatu sorotan

Authors

  • Khadijah Abdullah Postgraduate Student, Academy of Contemporary Islamic Studies, Universiti Teknologi MARA, Perak Branch, Seri Iskandar Campus, Seri Iskandar, 32610 Perak, Malaysia
  • Muhammad Yusri Yusof @ Salleh Academy of Contemporary Islamic Studies, Universiti Teknologi MARA, Perak Branch, Seri Iskandar Campus, Seri Iskandar, 32610 Perak, Malaysia
  • Ahmad Rozaini Ali Hasan Academy of Contemporary Islamic Studies, Universiti Teknologi MARA, Perak Branch, Seri Iskandar Campus, Seri Iskandar, 32610 Perak, Malaysia

Keywords:

Pengajaran dan pembelajaran, qiraat dan isu

Abstract

Pembelajaran Qiraat di Malaysia bukan suatu yang asing lagi di zaman ini. Ilmu Qiraat telah berkembang luas melalui usaha pelbagai pihak membuka peluang kepada masyarakat mempelajari salah satu cabang dari ilmu al-Quran. Namun sudah pasti setiap pendidikan mempunyai cabaran tersendiri dalam mengaplikasikan pendekatan yang ada. Di abad ke-21, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran ilmu Qiraat sangat signifikan bagi mewujudkan peningkatan dan kemajuan yang selari dengan pendidikan kini. Maka pembentukan corak pendidikan yang ideal adalah cabaran seorang pendidik dalam memastikan pengajaran dan pembelajaran bersifat dinamik dan berkesan terhadap pelajar. Dalam mengenal pasti permasalahan, isu berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran ilmu Qiraat perlu diteliti dan dikaji dengan lebih mendalam. Artikel ini cuba mengenal pasti permasalahan pengajaran dan pembelajaran ilmu Qiraat di Malaysia menerusi kajian kepustakaan berdasarkan kepada dokumentasi sorotan kajian-kajian lepas. Kajian ini mendapati guru sebagai agen utama yang memainkan peranan penting dalam pengajaran dan pembelajaran  ilmu Qiraat. Faktor yang lain seperti minat dan kefahaman pelajar juga berpusat dari amalan guru menerusi pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. Implikasinya, penambahbaikan dalam sistem pendidikan yang senantiasa berevolusi dapat dicapai. Kerjasama guru, pelajar, ibu bapa dan masyarakat diperlukan dalam meningkatkan kecemerlangan ilmu Qiraat.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-03-20

How to Cite

Abdullah, K., Yusof @ Salleh, M. Y., & Ali Hasan, A. R. (2025). Isu-isu pengajaran dan pembelajaran Qiraat: Suatu sorotan. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(71), 160–174. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/2845