Isu pengajaran dan pembelajaran Fardu Ain di Pusat Bimbingan Islam Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah

Authors

  • Syahrul Faizaz Abdullah Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, UUM CAS Universiti Utara, Malaysia,
  • Saudah Ahmad Pusat Pengajian Tunku Puteri Intan Syafinaz, UUM COB Universiti Utara, Malaysia,
  • Syahrina Abdullah Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, UUM CAS Universiti Utara, Malaysia,

Keywords:

Isu Pengajaran dan Pembelajaran, PUSBA, Fardu Ain, Mualaf

Abstract

Pusat Bimbingan Islam Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (PUSBA) yang terletak di Sungai Petani, Kedah Darul Aman berperanan sebagai pusat bimbingan kepada mualaf  tempatan dan antarabangsa. Pusat ini menyediakan kelas bimbingan fardu ain sebagai usaha untuk memastikan mualaf dapat memahami asas agama Islam dan dapat mengamalkan ajaran Islam yang sebenar. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai isu berkaitan mualaf yang mempunyai pelbagai latar belakang dari segi etnik, bahasa, budaya, agama asal, negeri dan negara yang boleh memberi kesan terhadap pengajaran dan pembelajaran di PUSBA. Terdapat juga isu berkaitan pentadbiran PUSBA, isu pengajaran dan pembelajaran dan isu peribadi mualaf yang boleh memberi kesan terhadap pengajaran dan pembelajaran di PUSBA. Isu-isu ini menjadi cabaran kepada PUSBA untuk melaksanakan tanggungjawabnya dengan berkesan. Oleh itu, kajian ini bertujuan menganalisis isu yang dihadapi PUSBA dari segi pengajaran dan pembelajaran dalam melaksanakan program bimbingan kepada mualaf. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan teknik pengumpulan data menggunakan temu bual bersemuka dan data dianalisis secara deskriptif. Hasil analisis mendapati bahawa, terdapat lima isu berkaitan pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi oleh PUSBA iaitu (1) isu dari aspek berkaitan modul pengajaran, (2) isu tahap pendidikan pelatih, (3) isu penguasaan bahasa Melayu pelatih, (4) isu kemampuan pelatih mengingati istilah-istilah yang diajarkan dan (5) isu sikap pelatih semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Artikel ini mencadangkan isu-isu ini mesti ditangani secara berkesan bagi memastikan program bimbingan yang dilaksanakan dapat berjalan dengan lancar.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-03-20

How to Cite

Abdullah, S. F., Ahmad, S., & Abdullah, S. (2025). Isu pengajaran dan pembelajaran Fardu Ain di Pusat Bimbingan Islam Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(71), 98–108. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/2840