Gesaan berfikir menurut perspektif Al-Quran
Keywords:
Gesaan, Berfikir, al-Quran, MakrifatullahAbstract
Konsep berfikir dalam ajaran Islam bukan sekadar kegiatan mental yang hanya melibatkan neuron semata-mata tetapi lebih dari itu adalah bertujuan untuk membawa manusia mengenal pencipta (ma’rifatullah) dan seterusnya akan mendorong manusia untuk melakukan ketaatan kepada Allah SWT (ṭaʻatullah). Sehubungan itu al-Quran merupakan sumber utama dalam menggesa manusia untuk berfikir. Hal ini khususnya dapat dilihat menerusi perkataan akal yang telah disebut sebanyak 49 kali dalam al-Quran dengan melibatkan kata ʻaqala, naʻqilūn, yaʻqilūn, dan taʻqilūn. Justeru makalah ini akan mengenalpasti dan menganalisis beberapa ayat al-Quran yang menggesa untuk manusia berfikir dan melihat kepentingannya dalam menuju pencapaian makrifatullah. Kajian ini bersifat kualitatif dengan menggunakan metode pengumpulan data secara dokumentasi dan metode analisis data berdasarkan analisis kandungan (content analysis) terhadap teks al-Quran dan tafsir al-Quran. Hasil kajian menunjukkan bahawa al-Quran secara konsisten menggesa manusia supaya berfikir dan menggunakan akal dengan sebaiknya dalam menjalani kehidupan di dunia agar dapat mengenal hakikat diri dan Pencipta yang seterusnya menuju kepada kebahagiaan di dunia dan akhirat.