Majalah Al Hikmah (1934-1941): Isu-isu utama yang dibangkitkan

Authors

  • Shafwan Ismail Fakulti Pengajian Islam dan Bahasa Arab, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Nilampuri, 15370, Malaysia
  • Noorhanis Amran 2Pusat Pengajian Teras, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Nilampuri, 15370, Malaysia
  • Amrina Rasyada Kamaruzaman Fakulti Usuluddin dan Al-Quran Hadis, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Nilampuri, 15370, Malaysia

Keywords:

Majalah al-Hikmah, peranan, dakwah, isu-isu

Abstract

Kajian ini membincangkan isu-isu utama di Tanah Melayu yang dibangkitkan majalah al Hikmah. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menganalisis kandungan teks Al Hikmah sebanyak 358 keluaran. Isu-isu utama yang dibincangkan di dalam majalah ini diklasifikasikan berdasarkan tema sosial, keagamaan, politik, dan ekonomi. Kajian mendapati bahawa majalah ini secara khusus membincangkan kemunduran dan kesempitan hidup masyarakat Melayu serta memperbaiki cara masyarakat mendalami dan menghayati Islam sebagai cara hidup yang sempurna. Al Hikmah pada masa itu dianggap sebagai media yang efektif dalam mengubah cara hidup dan pandangan masyarakat terhadap kemajuan dan pembangunan. Al Hikmah juga menekankan pentingnya Islam menjadi asas perbincangan untuk mencapai kemajuan. Dengan memfokuskan isu-isu tersebut, majalah ini berperanan membentuk semangat ingin maju dalam kalangan masyarakat Melayu. Melalui penelitian ini, dapatlah dikatakan bahawa majalah Al Hikmah memainkan peranan penting dalam menyebarkan kefahaman Islam dan menjadi penggerak dakwah Islamiah di Kelantan sebelum Perang Dunia Kedua melalui aktiviti-aktiviti yang pelbagai

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-03-13

How to Cite

Ismail, S., Amran, N., & Kamaruzaman, A. R. (2025). Majalah Al Hikmah (1934-1941): Isu-isu utama yang dibangkitkan. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(71), 34–50. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/2834