Adab murid Sekolah Rendah Sk Sungai Stutong, Kuching dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah sepanjang PKP dalam menghadapi Covid-19

Authors

  • Nur Raihan Mohamad Academi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Malaysia
  • Hadenan Towpek Academi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Malaysia

Keywords:

Adab, PDPR, Pandemik COVID-19, Strategi pengajaran dan pembelajaran

Abstract

Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam perlulah sejajar dengan matlamat Pendidikan Negara Malaysia abad ke-21 yang bukan hanya mementingkan kepada kepentingan membudayakan ilmu, bahkan menumpukan kepada strategi pengajaran dan pembelajaran pada abad ke-21 selaras mengikut situasi semasa. Perkara ini begitu jelas berlaku ketika seluruh negara menghadapi penularan virus Covid 19 yang memberi kesan secara langsung kepada murid sekolah diwajibkan belajar di rumah secara atas talian. Dalam usaha untuk memastikan semua murid tidak ketinggalan dalam mengikuti pembelajaran bagi menguasai ilmu dan adab semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PDPR), warga pendidik mula menggunakan opsyen untuk menjalankan kelas secara atas talian. Untuk itu, artikel ini merupakan sebuah kajian secara rawak dengan memilih bagi SK Sungai Stutong, Kuching bagi mengenalpasti isu dan permasalahan adab dan strategi PDPR semasa situasi penularan covid-19. Kajian ini melibatkan seramai 53 orang murid Islam di SK Sungai Stutong bagi tahun 2021. Hanya beberapa buah kelas yang dikaji bagi mengenalpasti masalah adab di kalangan murid sekolah tersebut iaitu murid-murid di kalangan tahun 3 dan 4. Hasil kajian mendapati bahawa guru, ibubapa dan pihak sekolah memainkan peranan yang penting bagi menjayakan aktiviti PDPR.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-03-09

How to Cite

Mohamad, N. R., & Towpek, H. (2025). Adab murid Sekolah Rendah Sk Sungai Stutong, Kuching dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah sepanjang PKP dalam menghadapi Covid-19. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(71), 1–10. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/2813