Permasalahan dan persepsi murid terhadap amalan pengajaran guru dalam topik ruang sekolah rendah

Authors

  • Nurul Ain Nawawi Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM), 50603, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.
  • Suzieleez Syrene Abdul Rahim Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM), 50603, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.
  • Siti Hajar Halili Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM), 50603, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.

Keywords:

Topik ruang, geometri, pendidikan matematik, amalan pengajaran guru, sekolah rendah

Abstract

Kajian ini bertujuan meneroka secara mendalam isu dan permasalahan yang wujud dalam kalangan murid sekolah rendah melibatkan topik Ruang serta pandangan murid terhadap amalan pengajaran guru Matematik masa kini. Pendekatan kualitatif melalui sesi temu bual separa berstruktur dilakukan terhadap empat orang murid Tahun Empat sekolah rendah yang telah menjalani proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan topik Ruang di dalam kelas. Dapatan kajian menunjukkan terdapat beberapa subtopik Ruang yang dianggap sukar oleh murid serta wujud pelbagai permasalahan dalam kalangan murid melibatkan topik Ruang seperti kurang penguasaan dalam kemahiaran visualisasi, kelemahan dalam aspek kemahiran berfikir serta keyakinan diri murid yang rendah. Pengkaji juga mendapati amalan pengajaran guru sedia ada masih bersifat tradisional iaitu melibatkan pengajaran secara papan tulis dan penerangan lisan berpusatkan guru. Analisis juga menunjukkan pengurusan masa pengajaran guru kurang sistematik sehingga memberi kesan kepada kefahaman murid bagi topik ruang di dalam bilik darjah. Di akhir penilaian, pengkaji menyenaraikan beberapa cadangan yang diberikan oleh murid tentang amalan pengajaran guru yang mana ia didapati bersesuaian bagi menyelesaikan isu yang wujud dalam diri murid apabila mempelajari topik ini. Pengkaji berpendapat suasana pembelajaran yang bersifat mesra kanak-kanak perlu diberi keutamaan untuk mengatasi permasalahan yang timbul berkaitan murid dan amalan pengajaran guru agar lebih terarah kepada generasi masa kini sekaligus meningkatkan kualiti pengajaran guru setaraf dunia.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-02-20

How to Cite

Nawawi, N. A., Abdul Rahim, S. S., & Halili, S. H. (2025). Permasalahan dan persepsi murid terhadap amalan pengajaran guru dalam topik ruang sekolah rendah. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(70), 243–257. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/2788