Aplikasi teknik fuzzy delphi terhadap reka bentuk komponen utama pengajaran mudah alih membaca kanak-kanak prasekolah: model “M-MAM”
Keywords:
pengajaran mudah alih membaca, teknologi, aplikasi mudah alih membaca, kemahiran membaca, kanak-kanak prasekolahAbstract
Pengajaran mudah alih membaca memberikan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan interaktif untuk kanak-kanak prasekolah. Melalui teknologi, pembelajaran menjadi lebih menarik, menjadikan kanak-kanak bersemangat untuk terus belajar sambil berseronok. Justeru itu, kajian ini adalah bertujuan untuk melihat pandangan dan kesepakatan pakar terhadap komponen utama dalam model pengajaran “M-MAM” (M: Mobile; MAM: Mudah Alih Membaca) melalui aplikasi mudah alih membaca untuk kanak-kanak prasekolah. Kajian yang dijalankan ini menggunakan pendekatan reka bentuk dan pembangunan (DDR) oleh Richey & Klein (2007) dan merupakan satu kajian kuantitatif. Pendekatan yang digunakan untuk mengumpul data kajian adalah menggunakan instrumen soal selidik yang akan diberikan kepada pakar. Bilangan pakar yang terlibat adalah seramai 13 orang yang terdiri daripada pensyarah pendidikan awal kanak-kanak serta teknologi (Universiti Awam dan Institut Pendidikan Guru Malaysia), guru prasekolah dan Pegawai Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Segala data yang dikumpulkan dianalisis menggunakan Kaedah Fuzzy Delphi. Hasil dapatan kajian menunjukkan kesemua komponen utama menepati syarat, iaitu nilai threshold (dkonstruk) adalah kurang atau sama dengan 0.2 dan peratusan kumpulan pakar adalah melebihi 75%. Hal ini menunjukkan bahawa komponen-komponen utama yang terkandung di dalamnya dipersetujui oleh guru prasekolah dengan baik dalam pengajaran mudah alih membaca kanak-kanak prasekolah berdasarkan kesepakatan pakar.