Strategi pengajaran mudah alih membaca kanak-kanak prasekolah: Tinjauan literatur

Authors

  • Nurul Ain Abdul Rahman National Child Development Research Centre (NCDRC), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, 35900, Perak, Malaysia
  • Nor Azah Abdul Aziz Faculty Of Computing And Meta-Technology, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, 35900, Perak, Malaysia
  • Mazlina Che Mustafa National Child Development Research Centre (NCDRC), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, 35900, Perak, Malaysia

Keywords:

strategi pengajaran mudah alih membacastrategi pengajaran mudah alih membaca, pengajaran, mudah alih membaca, kemahiran membaca, kanak-kanak prasekolah

Abstract

Kajian ini meneliti penggunaan teknologi mudah alih dalam pengajaran membaca kepada kanak-kanak prasekolah, satu pendekatan inovatif yang selaras dengan keperluan pendidikan abad ke-21. Kajian ini menekankan penggunaan aplikasi interaktif pada peranti mudah alih seperti tablet dan telefon pintar untuk menyampaikan aktiviti pembelajaran yang menyokong perkembangan literasi awal. Berdasarkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK), kemahiran membaca adalah asas penting dalam pembangunan komunikasi dan pemikiran kanak-kanak. Strategi pengajaran ini menggantikan kaedah tradisional dengan pendekatan yang lebih menarik dan interaktif, menggunakan elemen visual, auditori, dan kinestetik. Teori pembelajaran konstruktivisme dan dual-coding menyokong pendekatan ini, menekankan pembelajaran aktif dan gabungan elemen visual dan verbal. Kajian ini juga menyoroti peranan motivasi dalam pengajaran, di mana motivasi intrinsik dan ekstrinsik saling menyokong untuk meningkatkan penglibatan kanak-kanak dalam pembelajaran. Kesimpulannya, penggunaan teknologi mudah alih dalam pendidikan prasekolah menawarkan pendekatan yang menyeronokkan dan efektif, menyokong perkembangan kognitif dan emosi kanak-kanak.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-02-20

How to Cite

Abdul Rahman, N. A., Abdul Aziz, N. A., & Che Mustafa, M. (2025). Strategi pengajaran mudah alih membaca kanak-kanak prasekolah: Tinjauan literatur. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(70), 171–178. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/2783