ALGO ART: Analisis keperluan pembangunan modul pengajaran berasaskan pemikiran komputasional bagi pembelajaran ekspresi seni catan

Authors

  • Irma Rahayu Ibrahim .Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia.
  • Harozila Ramli Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia.

Keywords:

pemikiran komputasional, pembangunan modul, ekspresi seni catan

Abstract

Pengintegrasian pemikiran komputasional dalam pembelajaran ekspresi seni catan merupakan suatu kaedah pengajaran yang inovatif dan bersifat pembaharuan dalam era pendidikan masa kini. Kaedah pengajaran ini juga menyokong pembelajaran abad ke-21 dengan membudayakan literasi digital dan kemahiran teknologi dalam konteks penghasilan karya seni, sekali gus melengkapkan murid dengan kompetensi yang diperlukan dalam landskap pendidikan dan industri kreatif masa hadapan. Kajian ini bertujuan untuk menilai keperluan pembangunan modul ALGO ART dalam pengajaran Ekspresi Seni Catan di peringkat sekolah menengah. Menggunakan pendekatan kuantitatif, kajian ini melibatkan pengumpulan data melalui instrumen soal selidik yang diedarkan kepada 201 orang guru Pendidikan Seni Visual Tingkatan 4 dari 10 buah daerah di negeri Selangor. Analisis statistik deskriptif dilaksanakan menggunakan perisian SPSS versi 27.0 untuk mengukur tahap keperluan pembangunan modul tersebut. Dapatan kajian menunjukkan interpretasi tahap yang tinggi terhadap keperluan pembangunan modul ALGO ART dalam konteks pembelajaran ekspresi seni catan yang berasaskan pemikiran komputasional di sekolah menengah. Impak kajian ini memberikan maklumat kukuh bahawa murid bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran berfikir secara algoritma dan penyelesaian masalah, malahan dapat mengembangkan daya kreativiti serta menghasilkan karya seni yang lebih tersusun dan memberi impak signifikan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-02-20

How to Cite

Ibrahim, I. R., & Ramli , H. (2025). ALGO ART: Analisis keperluan pembangunan modul pengajaran berasaskan pemikiran komputasional bagi pembelajaran ekspresi seni catan. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(70), 131–146. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/2780