Penggunaan aplikasi teknologi revolusi industri 4.0 dalam pengajaran Fiqah Pendidikan Islam.

Authors

  • Raihana Abdul Rahman Fakulti Pengajian Islam, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu 88400, Sabah, Malaysia
  • Syamsul Azizul Marinsah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu 88400, Sabah, Malaysia
  • Habibah@Artini Ramlie Fakulti Pengajian Islam, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu 88400, Sabah, Malaysia

Keywords:

Revolusi Industri 4.0, Teknologi Pendidikan, Pengajaran Fiqah, Kesediaan Guru, Pendidikan Islam

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis aplikasi teknologi Revolusi Industri 4.0 (RI 4.0) yang digunakan dalam pengajaran Fiqah Pendidikan Islam di sekolah menengah dan menilai tahap kesediaan guru Pendidikan Islam dalam mengaplikasikannya dalam pengajaran. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan, melibatkan sampel terdiri daripada 85 orang guru Pendidikan Islam di sekolah menengah di negeri Sarawak yang dipilih secara rawak mudah. Borang soal selidik mengdanungi profil demografi, penggunaan aplikasi teknologi RI 4.0, tahap kesediaan guru. Kaedah analisis data melibatkan analisis statistik deskriptif menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science for windows (SPSS version 27.0. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa platform pengurusan pembelajaran seperti Google Classroom (min=4.25) dan Quizizz (min=4.12) merupakan aplikasi yang paling kerap digunakan, diikuti oleh aplikasi penilaian interaktif seperti Kahoot! (min=3.95) dan Microsoft Teams (min=3.88). Walau bagaimanapun, penggunaan teknologi RI 4.0 seperti Realiti Maya (min=2.45) dan Realiti Terimbuh (min=2.38) masih berada pada tahap yang rendah. Tahap kesediaan guru menunjukkan tahap yang sederhana dengan nilai min keseluruhan ialah 3.50. Walaupun tahap pengetahuan teknologi yang sederhana, responden mempamerkan sikap yang positif terhadap pengintegrasian teknologi dalam pengajaran (min=4.15). Kajian ini menyumbang kepada pemahaman tentang corak penggunaan teknologi RI 4.0 dalam pengajaran Fiqah dan mengenal pasti jurang yang perlu ditangani dalam usaha mentransformasi pengajaran Pendidikan Islam. Hasil kajian mencadangkan keperluan untuk program pembangunan profesional yang lebih sistematik, peningkatan infrastruktur teknologi, dan pembangunan bahan digital berkualiti tinggi untuk menyokong pengintegrasian teknologi RI 4.0 dalam pengajaran Fiqah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-02-20

How to Cite

Abdul Rahman, R., Marinsah, S. A., & Ramlie, H. (2025). Penggunaan aplikasi teknologi revolusi industri 4.0 dalam pengajaran Fiqah Pendidikan Islam. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(70), 62–72. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/2775