Kepimpinan teknologi di Malaysia (2012-2023): Satu kajian literatur sistematik

Authors

  • Ikmal Hisham Mat Idera Department of Education Management, Planning and Policy, Faculty of Education , Universiti Malaya (UM), Malaysia
  • Zuraidah Abdullah Department of Education Management, Planning and Policy, Faculty of Education , Universiti Malaya (UM), Malaysia

Keywords:

Kepimpinan teknologi, NETS-A 2009, ISTE 2014, IR4.0, teknologi pendidikan, pembelajaran digital

Abstract

Kepimpinan teknologi dalam pendidikan memainkan peranan yang penting dalam memacu transformasi sekolah ke arah pembelajaran abad ke-21. Kepimpinan teknologi bukan sahaja melibatkan penggunaan alatan teknologi dan aplikasi digital di sekolah, tetapi ia juga merangkumi strategi untuk mengintegrasikan teknologi secara menyeluruh dalam kurikulum dan pengurusan sekolah. Kajian ini membincangkan peranan pentadbir sekolah dalam membimbing dan menyokong warga sekolah untuk memanfaatkan teknologi secara efektif, selaras dengan keperluan Revolusi Industri 4.0. Dengan menekankan kepentingan visi yang jelas, sokongan berterusan, dan pembangunan profesional, kepimpinan teknologi dapat memperkasakan guru dan pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam dunia yang semakin berkembang pesat dalam teknologi digital termasuklah bidang Pendidikan. Kajian SLR ini yang menggunakan pangkalan data MyCite telah mengenal pasti 28 kajian yang berkaitan. Menerusi kajian ini, didapati tiada jurang antara tahap amalan kepimpinan teknologi di sekolah bandar dan luar bandar. Selain itu, terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan teknologi dengan penguasaan ICT dalam kalangan guru.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-02-20

How to Cite

Mat Idera, I. H., & Abdullah , Z. (2025). Kepimpinan teknologi di Malaysia (2012-2023): Satu kajian literatur sistematik. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(70), 47–61. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/2774