Penguasaan kemahiran lakaran dan asas seni guru bukan opsyen pendidikan seni visual

Authors

  • Rahanah Abdul Rahman Akedemi Seni dan Teknologi Kreatif, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu 88400, Sabah, Malaysia
  • Mohammad Puad Bebit Akedemi Seni dan Teknologi Kreatif, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu 88400, Sabah, Malaysia
  • Norhayati Ayob Akedemi Seni dan Teknologi Kreatif, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu 88400, Sabah, Malaysia

Keywords:

Kemahiran Lakaran, Asas Seni, Guru Bukan Opsyen

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap penguasaan kemahiran lakaran dan asas seni dalam kalangan guru bukan opsyen yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV) di peringkat sekolah menengah. Dengan mengaplikasikan model SOLO (Structure of Observed Learning Outcomes) dalam pembinaan Rubrik Penguasaan Kemahiran (PKL), kajian ini telah dilaksanakan dan dianalisis secara terperinci terhadap 43 lakaran yang dihasilkan oleh guru-guru berkenaan. Penilaian ini dilakukan berdasarkan lima tahap kemahiran yang telah ditetapkan, iaitu Prestructural, Unistructural, Multistructural, Relational, dan Extended Abstract. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sebahagian besar guru, iaitu 44%, telah mencapai tahap Relational, manakala 16% berjaya mencapai tahap tertinggi iaitu Extended Abstract. Walau bagaimanapun, sejumlah 40% guru masih berada pada tahap Multistructural dan ke bawah, menandakan keperluan untuk peningkatan kemahiran. Dalam aspek penguasaan asas seni reka, 48.8% guru didapati berada pada tahap "Kurang Memuaskan" dan "Memuaskan". Pengaplikasian asas seni dalam hasil lakaran pula menunjukkan cabaran yang lebih ketara, dengan 2.3% guru dinilai pada tahap "Lemah". Hasil kajian ini menunjukkan kepentingan untuk merangka dan melaksanakan program pembangunan profesional yang lebih bersasar, dengan penekanan khusus terhadap aspek asas seni reka dan teknik lakaran. Hasil kajian ini adalah untuk menyediakan asas empirikal yang kukuh untuk merangka strategi pengajaran yang lebih berkesan dan program latihan yang disesuaikan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual di institusi pendidikan sekolah menengah. Kesimpulannya, kajian ini menyumbang kepada pemahaman yang lebih mendalam tentang keperluan pembangunan profesional guru bukan opsyen dalam bidang Pendidikan Seni Visual ,serta membuka ruang untuk penambahbaikan kurikulum dan kaedah pengajaran yang lebih efektif

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-02-20

How to Cite

Abdul Rahman, R., Bebit , M. P., & Ayob , N. (2025). Penguasaan kemahiran lakaran dan asas seni guru bukan opsyen pendidikan seni visual. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(70), 37–46. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/2773